Utusan Borneo (Sabah)

Tiga remaja antara 14 positif dadah ditahan AADK

Antara 14 ditahan positif dadah jenis methamphet­amine

-

TAMBUNAN: Tiga remaja adalah antara 14 individu yang ditahan dalam Ops Cegah yang dijalankan oleh Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Keningau di sini, malam Selasa.

Ketua Operasi yang juga Pegawai AADK Daerah Keningau Azry Golbin Azmi berkata, kesemua yang ditahan termasuk seorang wanita berumur antara 16 dan 43 tahun.

Katanya, kesemua individu ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah, Rawatan dan Pemulihan Dadah 1983 kerana disyaki sebagai penagih dadah.

“Kesemua yang ditahan gagal dalam ujian saringan dadah selepas didapati positif dadah jenis m e t ham p h e ta min e atau syabu.

“Dalam operasi yang dijalankan bermula jam 9.30 malam itu, pihak AADK Daerah Keningau dengan bantuan pegawai dan anggota dari Unit Penguatkua­saan AADK Negeri Sabah telah menyerbu beberapa rumah persendiri­an yang disyaki dijadikan ‘port penagihan’ oleh para penagih di sekitar daerah ini.

“Semasa operasi, seorang lelaki yang disyaki sebagai penagih sempat melarikan diri setelah nekad memanjat pagar rumah jiran bagi mengelakka­n daripada dicekup pihak penguatkua­sa AADK yang bertugas,” katanya.

Tambahnya, apa yang menyedihka­n, dua adik beradik yang berumur 16 dan 17 tahun turut ditahan kerana didapati positif bahan larangan berkenaan dan semasa ditahan kedua-dua adik beradik terbabit sedang asyik menghisap syabu di dalam sebuah bilik rumah mereka.

“Kedua-dua mereka yang kini tidak bersekolah kerana hidup terabai setelah ibu bapa mereka bercerai, sering menghabisk­an masa bergaul dengan rakan-rakan yang aktif menggunaka­n dadah,” katanya.

 ??  ?? PENAGIH yang ditahan dalam operasi Ops Cegah berkenaan.
PENAGIH yang ditahan dalam operasi Ops Cegah berkenaan.
 ??  ?? Pihak AADK memeriksa tempat dan barang yang digunakan oleh penagih.
Pihak AADK memeriksa tempat dan barang yang digunakan oleh penagih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia