Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang motosikal dipenjara, denda RM6,000

Penunggang motosikal dipenjara dan denda RM6,000

- Oleh CLARICE USOP

KOTAK INA BALU: Seorang lelaki yang melakukan aksi berbahaya dan menunggang motosikal dengan laju, dikenakan penjara sehari dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Arpasid Archad, 22, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu, tanpa mengambil kira keadaan jalan dan bahaya kepada orang awam.

Kesalahan dilakukan pada 16 Ogos 2016 jam 12.20 pagi di Jalan Teluk Likas, di sini.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam disabitkan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, denda maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus juga memerintah­kan tertuduh dikenakan penjara sepuluh bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarka­n fakta kes yang dikemukaka­n Pegawai Pendakwa Insp Hanif Mamyudi, tertuduh ditangkap polis yang menjalanka­n operasi Ops Samseng Jalanan.

Sebelum itu, sekumpulan penunggang motosikal menunggang dalam keadaan laju dan berlumba-lumba, dengan melakukan aksi mengangkat tayar hadapan.

Pengadu bersama rakan setugasnya mengenal pasti dan mengekori tertuduh yang memakai baju putih dan seluar pendek.

Tertuduh berjaya ditahan dan dibawa ke balai polis trafik bersama motosikal, untuk tindakan lanjut.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam disabitkan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, denda maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000. ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia