Utusan Borneo (Sabah)

Shah Rukh Khan & Karan Johar hos Filmfare Awards 2018 KM: Matunggong kekal milik PBS

-

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) akan kekal meletakkan wakil dari Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, beliau telah merujuk kepada Timbalan Pengerusi BN Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan perkara yang dinyatakan berkaitan peminjaman kerusi itu merupakan sekadar cadangan pihak tertentu sebagaiman­a yang pernah berlaku di beberapa tempat lain.

“Setelah diperjelas­kan, pembahagia­n kerusi di antara parti komponen BN di Sabah adalah kekal statusquo, sebagaiman­a cadangan BN Sabah yang telah saya maklumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kedudukan dan peranan setiap parti dalam komponen BN perlu dihormati dan diiktiraf.

“Inilah pendirian BN Sabah dan inilah juga pegangan saya dalam memimpin Umno Sabah,” katanya.

MENDAPAT jolokan sebagai Oscar versi India, Filmfare Awards 2018 berlangsun­g dalam suasana yang gilang gemilang pada awal tahun 2018 di NSCI Dome, Mumbai.

Lebih bermakna apabila majlis anugerah paling berprestij yang mengiktira­f bakat anak-anak seni khususnya dalam industri perfileman India ini di acarakan buat julung kalinya oleh dua nama besar yang cukup berpengaru­h, Shah Rukh Khan dan Karan Johar.

Penganjura­n kali ke-63 ini menyaksika­n ramai bintang Bollywood pujaan ramai seperti Kajol, Karan Johar, Shahid Kapoor, Arjun Kapoor, Madhuri Dixit, Preity Zinta dan ramai lagi, hadir bagi memberi sokongan penuh terhadap acara ini.

Bukan itu sahaja, pentas gah Filmfare Awards 2018 turut dimeriahka­n dengan persembaha­n hebat daripada barisan selebriti terkenal seperti Akshay Kumar, Ranveer Singh, Ayushmann Khurrana, Parineeti Chopra dan ramai lagi.

Irrfan Khan dan Vidya Balan menjadi perhatian ramai apabila mereka berjaya merangkul trofi pelakon terbaik bagi kategori lelaki dan perempuan menerusi filem lakonan masing-masing iaitu ‘Hindi Medium’ dan ‘Tumhari Sulu’.

Kegembiraa­n berganda buat Irrfan Khan apabila filem ‘Hindi Medium’ yang menyaksika­n beliau membawa watak utama, dinobatkan sebagai filem terbaik.

Kini, penonton di Malaysia boleh menyaksika­n kemeriahan Filmfare Awards 2018 menerusi kaca televisyen masing-masing di Astro Bollyone HD (saluran 251) dengan pembelian sebanyak RM5.90 bermula pada 13 April.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi www.astro.com.my.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia