Utusan Borneo (Sabah)

Menatap keindahan Nusa Penida, hari kedua di Pulau Bali Pemilih berdaftar di Sabah untuk PRU14 meningkat

Pengalaman hari kedua di Pulau Bali

-

KOTA KINABALU: Jumlah pemilih berdaftar di Sabah meningkat kepada 1,117,337 pada pilihan raya umum (PRU) kali ini berbanding 982,644 orang pada PRU13, manakala pengundi di Labuan pula meningkat kepada 28,356 berbanding 24,497 pada pilihan raya lalu.

Pengarah Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Sabah Rohiman Sahia berkata seramai 19,792 petugas SPR akan ditempatka­n di Sabah dan 458 di Labuan melibatkan 810 pusat mengundi merangkumi 25 kerusi parlimen dan 60 kerusi Dewan Undangan Negeri di Sabah serta satu kerusi parlimen di Labuan,

“Dari segi logistik, kami sudah bersedia termasuk penggunaan helikopter untuk 10 kawasan parlimen di kawasan pedalaman serta penggunaan bot seperti di Kudat, Semporna, Beluran dan beberapa kawasan lain di pedalaman,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an writ dan watikah pelantikan Pegawai Pengurus PRU14 di Sabah dan Labuan, di sini pada Rabu.

Rohiman berkata pihaknya belum menerima jumlah pengundi pos memandangk­an proses pendaftara­n masih berjalan.

Katanya tarikh tutup pendaftara­n bagi pengundi pos kategori 1A ialah pada 28 April ini manakala bagi kategori 1C ialah pada 23 April.

Kategori 1A melibatkan petugas pilihan raya, polis, tentera dan petugas media manakala kategori 1C melibatkan anggota sembilan jabatan dan agensi yang layak mengundi dan disahkan majikan perlu bertugas pada hari mengundi.

Jabatan dan agensi berkenaan ialah petugas Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia,Jabatan Penjara,Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan (hospital dan klinik kerajaan sahaja), Sukarelawa­n Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Imigresen, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Pendaftara­n Negara (yang bertugas di Pusat Transforma­si Bandar sahaja). -Bernama

SELEPAS pengalaman hari pertama yang menakjubka­n di Uluwatu, hari kedua di pulau Bali, kami dibawa menyeberan­g ke Nusa Penida. Dari Pantai Sanur, kami menaiki bot dan kira-kira satu jam kemudian, tiba di Nusa Penida.

Saya sempat melihat Gunung Agung, nampak cantik dari kejauhan. Pulau ini pernah memuntahka­n laharnya hanya beberapa sebelumnya, paling akhir meletus pada November 2017 dan sempat menjejaska­n kedatangan pelancong ke Pulau Bali.

Tapi sekarang, situasi kembali seperti sediakala di Bali. Semakin ramai pelancong dari Australia, Eropah, India, Cina, Timur Tengah dan negara-negara Asia Tenggara berkunjung ke Pulau Bali, kata Pak Bagas, pemandu pelancong kami yang berpengala­man itu.

Sebaik mendarat, rombongan media dan agen/operator pelanconga­n dari Sabah dan Sarawak yang mengikuti Program Fam Trip itu dibahagika­n kepada beberapa kenderaan pacuan 4 roda dan kemudian merentasi desa perbukitan menuju Pantai Klingking. Ketika musim kemarau, daun-daun kering yang diterbangk­an angin menjadi keindahan tersendiri di Nusa Penida. Pendudukny­a hanya bergantung kepada sumber laut untuk menghidupi keluarga mereka.

“Musim ada ikan, kita melaut pakai jaring,” kata Made Sane, 46, penduduk asli Nusa Penida.

Setiap kali turun ke laut, beliau membawa beberapa set pukat jaring yang diisi dalam beberapa karung guni. Satu karung mengandung­i dua set pukat. Satu set pukat sepanjang kira-kira 100 meter. Biasanya banyak ikan yang diperolehi. Seekor ikan tongkol berharga antara Rp4000 hingga Rp5000 seekor.

Selain menjadi nelayan, beliau juga menyewakan kenderaan untuk pelancong yang berkunjung ke tempattemp­at wisata menarik di Nusa Penida seperti Pantai Klingking, Pasih Uug (Broken Beach) dan Angel Billabong. Masyarakat banyak mendapat manfaat dari industri pelanconga­n itu. Selain hasil dari pelanconga­n, masyarakat di kampung itu mengusahak­an tanaman pertanian untuk sumber kehidupan mereka. Tanaman yang hidup kebanyakka­nnya yang mampu bertahan di panah terik matahari seperti jagung, mangga, limau, kelapa ubi kayu, dan sebagainya.

“Ada juga yang cuba menanam durian, tetapi tidak tumbuh,” katanya sambil memandu dengan cekap kerana sudah mengetahui mengenai laluan di pulau itu. Tidak lama kemudian, tibalah kami ke Pantai Klingking yang terletak di Dusun Karang Dawa, Desa Bunga Mekar, Nusa Penida. Keindahan Pantai Klingking dapat dinikmati dari atas bukit yang tinggi. Tiada laluan jalan raya untuk sampai ke pantainya.Kami hanya melihatnya dengan rasa takjub dari bukit tinggi. Ramai pelancong atau pengunjung ke Pantai itu merakamkan gambar masing-masing dengan pelbagai aksi menarik. Cuaca agak panas. Selepas mengambil gambar itu, saya berehat di sebuah warung sambil menikmati kelapa muda.

Kami makan tengahari di sebuah restoran yang terletak di pertengaha­n jalan ke destinasi selanjutny­a iaitu Angel Billabong. Perkataan Billabong itu diambil dari kata bahasa Inggeris yang bermakna penghujung sungai mati . Tempatnya sangat cantik. Ada diantara pelancong yang sempat turun ke bawah untuk mandi manda. Berenang atau menyelam di air yang jernih itu menyerlahk­an pengalaman luar biasa. Tempat ini adalah antara destinasi pelanconga­n yang baru diperkenal­kan hanya beberapa tahun lepas.

Dari Angel Billabong, kami berjalan lagi ke Pasih Uug atau Broken Beach. Dalam bahasa Bali, Pasih Uug bererti pantai yang patah. Pantai yang agak cantik ini terletak di Banjar Sumpang, Desa Bunga Mekar, Kecamatan Nusa Penida, kabupaten Klungkung Bali. Pantainya seperti Uluwatu tetapi di sini tidak ada monyet liar atau pura. Namun kecantikan Pasih Uug itu memang luar biasa. Ia juga menjadi lokasi istimewa untuk pelancong luar negara. Malah ada sepasang bakal pengantin dari China sanggup datang sematamata untuk mengambil gambar di Broken Beach.

Selain pelancong tempatan, pengunjung ke tempat tempat menarik itu kebanyakan­nya pelancong berkulit putih. Ramai di antara mereka lebih suka menunggang motosikal di tengah panas terik itu.

Namun entah kenapa sepanjang perjalanan itu, saya teringat deburan ombak yang menghempas ke tebingan. Saya sempat menulis puisi walaupun tidak sepenuhnya siap. “Yang terhempas ke tebingan itu cuma rindu yang tak dapat kubayangka­n betapa sakit dan deritanya. Pertemuan itu, biarpun luka, mengheretm­u di kedalaman laut yang membiru dalam misteri yang tak dapat diungkapka­n.” Tempat itu sungguh mengilhamk­an dan banyak kata-kata yang berlegar dalam fikiran sehinggala­h saya bersalaman dengan Made Sane untuk pamit pulang.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA tempat bergambar yang menjadi kegilaan pelancong.
ANTARA tempat bergambar yang menjadi kegilaan pelancong.
 ??  ?? PANTAI Klingking.
PANTAI Klingking.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ROMBONGAN Fam Trip dari Sabah Sarawak bergambar di Broken Beach.
ROMBONGAN Fam Trip dari Sabah Sarawak bergambar di Broken Beach.
 ??  ?? ROMBONGAN dari Sabah bergambar di Pantai Sanur.
ROMBONGAN dari Sabah bergambar di Pantai Sanur.
 ??  ?? PASIH Uug atau Broken Beach.
PASIH Uug atau Broken Beach.
 ??  ?? SUASANA di Angel Billabong.
SUASANA di Angel Billabong.
 ??  ?? ANGEL Billabong.
ANGEL Billabong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia