Utusan Borneo (Sabah)

NEGARA KE-22 TERHEBAT

Jika BN sekali lagi diberi mandat tadbir negara: Najib

-

KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk membawa Malaysia ke tangga ke-22 antara yang terhebat di dunia jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk mentadbir negara sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Najib berkata sebagai seorang pemimpin beliau perlu melakukan sesuatu yang terbaik untuk rakyat pada sepanjang masa.

“Kita kena buat sesuatu supaya hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Insya Allah di bawah BN kita akan menjulang negara ini. Kita tak mahu ke terbelakan­g.

“Kita nak pergi jauh lagi tuan-tuan, bukan nak pergi setahun dua. Kita nak bawa Malaysia jadi negara yang hebat, antara ke-22 yang terhebat (di dunia),” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Warga Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor di sini, pada Rabu.

Hadir sama Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Jazlan Yaakub, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua UMNO bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa.

“Ini pembangkan­g ni tuantuan, mula-mula Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) kata BR1M ini dedak, macam bagi makanan itik ayam. Lepas dia kata dedak orang (mula) marah dia kerana orang suka pada BR1M.

“Lepas itu dia u-turn (buat pusingan U). Hari ini dalam manifesto pembangkan­g nak teruskan BR1M. Tak payah ciplak kita, BR1M ini jasa Barisan (Nasional),” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut menafikan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (RoS) bertindak mengikut arahannya dalam membubarka­n sementara pendaftara­n Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) namun beliau pula yang dipersalah­kan.

“Dr Mahathir buat parti ikut Perlembaga­an UMNO, tapi mesyuarat cawangan dan bahagian tak nak buat, dan tiba-tiba ada mesyuarat agung.

“Ciplak Perlembaga­an UMNO tiba-tiba tak ikut dan salahkan RoS. Bila masa RoS ini orang saya? Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) (yang bertugas di RoS) ni ikut buku tuan-tuan,” katanya. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? NAJIB (tengah) pada Majlis Ramah Mesra bersama Warga Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor pada Rabu. Turut sama, Mustapa dan Annuar.
GambarBern­ama NAJIB (tengah) pada Majlis Ramah Mesra bersama Warga Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor pada Rabu. Turut sama, Mustapa dan Annuar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia