Utusan Borneo (Sabah)

UMS sambut baik manifesto tubuhkan Institut Kajian Pribumi

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyambut baik manifesto yang dijanjikan Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan Institut Kajian Pribumi dan Penduduk Asli di UMS.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, institusi seumpama itu amat diperlukan di UMS.

Menurutnya, negeri ini mempunyai banyak kumpulan etnik dan cadangan itu membuka peluang kepada UMS untuk menjadi peneraju dalam bidang berkenaan.

“Saya sangat gembira dengan manifesto ini dan UMS dalam perancanga­n untuk membangunk­an unit linguistik pribumi.

“Apabila dinyatakan dalam manifesto, ini bermakna daripada unit kepada institut, ia sesuatu yang sangat menggembir­akan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara UMS dan Maswings di sini pada Rabu.

Kamarudin berkata, UMS lebih memfokuska­n kepada bahasa pribumi dan walaupun bermula secara kecil-kecilan, tetapi pihaknya mempunyai wawasan yang lebih besar.

Sehubungan itu jelasnya, UMS akan berusaha lebih gigih ke arah mencapai penubuhan institut berkenaan.

Selain penubuhan Institut Kajian Pribumi dan Penduduk Asli, manifesto BN turut menjanjika­n peruntukan khas untuk Kursi Kadazandus­un di UMS.

Manifestob­erkenaandi­umumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur pada 7 April lepas sempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia