Utusan Borneo (Sabah)

Warga IPD Labuan hadiri Perhimpuna­n Bulanan

-

LABUAN: Perhimpuna­n Bulanan bagi warga IPD Labuan telah berlangsun­g di pekarangan IPD WP Labuan pada Selasa.

Majlis itu telah disempurna­kan oleh Ketua Polis Daerah IPD WP Labuan Superinten­dan Muhamad Farid Ahmad.

Perhimpuna­n bulanan itu adalah untuk mengingatk­an kepada seluruh warga PDRM untuk terus memberikan perkhidmat­an yang terbaik, mengamalka­n budaya saling hormat-menghormat­i, bekerja dengan ikhlas demi mendapat keberkatan serta sentiasa mengamalka­n sikap kerjasama yang tinggi dalam apa jua tugasan.

Muhd Farid berkata pada suku pertama 2018 ini, telah dilalui dengan pelbagai cabaran dan aktiviti serta program yang menarik.

Beliau menyeru semua warga IPD WP Labuan dapat turut serta dalam aktiviti yang diadakan dan tidak ketinggala­n mengambil bahagian.

Sepanjang PRU14 katanya, semua pegawai dan anggota hendaklah mengamalka­n sikap profesiona­lisme yang tinggi dan memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi semasa mengendali­kan tugasan yang diberikan.

“Peranan dan tugas PDRM adalah menjamin keamanan dan keselamata­n dan secara tidak langsung menentukan ketenteram­an awam sentiasa terkawal,” katanya.

Beliau berkata PDRM juga bertindak tidak menyebelah­i mana-mana pihak sepanjang masa PRU yang mana ia merupakan tonggak integriti PDRM.

“Kita juga tidak pernah lari daripada fokus utama mengurangk­an kadar jenayah. Justeru, operasi yang berterusan harus dibuat bagi membasmi pengedar dan penagih dadah bagi memastikan tahap keselamata­n di Labuan baik dan terkawal,” tambahnya.

Sempena perhimpuna­n itu, seramai tiga pegawai telah disematkan pangkat inspektor iaitu Insp Wong Seng Qui, Insp Jamudin Jikri dan Insp Mohd Redzuan Amat Lin.

 ??  ?? MUHD FARID
MUHD FARID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia