Utusan Borneo (Sabah)

Perkukuh kerjasama universiti-industri

UMS dan MASwings meterai MoU

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) perkukuh kerjasama universiti industri menerusi perjanjian persefaham­an (MoU) dengan MASwings Sdn Bhd.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, MoU berkenaan bakal melakar sejarah bagi UMS sebagai universiti kedua selepas Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menghasilk­an logo (livery) pada pesawat Maswings.

Katanya, logo berkenaan akan menggunaka­n konsep imej, motif dan warna korporat UMS daripada logo rasmi UMS.

“Ia memaparkan motto universiti iaitu Bertekad Cemerlang sebagai kaedah pengukuhan jenama UMS di peringkat global.

“Setakat ini, ia masih dalam proses perundinga­n bagi menetapkan lakaran dan dijangka akan dilaksanak­an dalam tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatan­gani MoU antara UMS dan Maswings Sdn Bhd di sini pada Rabu.

Menerusi MoU itu jelasnya, UMS dan MASwings akan merangka dan melaksanak­an sinergi strategik dalam bidang mobiliti pelajar.

Selain itu, ia turut melibatkan beberapa program antaranya latihan industri (internship), publisiti dan imej korporat, latihan dan pengembang­an, penyelidik­an serta pelanconga­n.

Pada masa sama, Kamarudin berkata kerjasama itu juga melibatkan program yang berkaitan perkhidmat­an penerbanga­n berteraska­n bidang yang bersesuaia­n dengan syarikat penerbanga­n.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maswings Sdn Bhd Aminuddin Zakaria berkata, selepas 10 tahun beroperasi, kini tiba masanya bagi Maswings berkongsi pengalaman bersama universiti seperti UMS.

Menurutnya, Maswings lebih memfokuska­n kepada komuniti menerusi program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang menjurus kepada pembanguna­n akademik.

Pihaknya juga banyak menyediaka­n bantuan kepada badan-badan kebajikan di Sabah dan Sarawak selaras dengan pembanguna­n modal insan dalam kalangan golongan yang memerlukan.

Justeru, beliau berharap aspirasi UMS dan Maswings untuk merangka dan meneraju perhubunga­n strategik akan melonjakka­n lagi nama kedua-dua pihak.

 ??  ?? KAMARUDIN (dua kanan) bertukar dokumen dengan Aminuddin (dua kiri) pada majlis menandatan­gani MoU itu.
KAMARUDIN (dua kanan) bertukar dokumen dengan Aminuddin (dua kiri) pada majlis menandatan­gani MoU itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia