Utusan Borneo (Sabah)

Richard cadang wujud program undang-undang di UMS

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum mencadangk­an kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk mewujudkan kursus undang-undang.

Beliau menyatakan cadangan berkenaan kerana terdapat masalah besar mengenai undang-undang adat di Sabah dan Sarawak pada masa kini.

“Saya ingin mencadangk­an didwujudka­n fakulti undangunda­ng di UMS kerana kita mempunyai masalah besar mengenai undangunda­ng adat di Sabah dan Sarawak. Kursus sebegini ada ditawarkan di beberapa universiti tempatan di Semenanjun­g.

“Semalam (Selasa) saya menghadiri satu ceramah bersama masyarakat tempatan. Mereka memperliha­tkan maksud sebenar kehidupan, erti pembanguna­n mampan dan kehidupan yang tidak mahu diikuti.

“Itulah pengajaran yang dapat saya peroleh daripada perbincang­an semalam yang mana cara kehidupan atau adat yang diguna pakai itu harus dipelihara kerana suatu hari nanti kita akan memerlukan­nya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Undang-undang dan Masyarakat Antarabang­sa Ketujuh (IClass7) di sini pada Rabu.

Richard berkata pihaknya sudah berjumpa dan berbincang sebanyak tiga kali dengan pemimpinpe­mimpin tempatan untuk mengumpulk­an bahan-bahan berkenaan undang-undang adat.

“Kami sudah mengumpul bahan-bahan dari pelbagai tempat. Sebenarnya, kami sudah tiga kali mengadakan perbincang­an untuk pemimpin-pemimpin tempatan, seterusnya bercadang untuk m e n dokumen tas ikannya.

“Diharapkan dalam setahun atau lebih, kami akan menyelesai­kan sepenuhnya perkara ini, di samping menjalanka­n bengkel dan sebagainya,” katanya.

Beliau menyatakan hasrat untuk melihat UMS mewujudkan pengajian undang-undang di peringkat sijil dan diploma pada peringkat awal di bawah fakulti kemanusiaa­n.

Beliau akan membantu dalam apa sahaja hal jika cadangan itu dipertimba­ngkan.

“Saya berjanji akan menjadi yang orang pertama untuk membantu, memberi kuliah dan segala-galanya jika ia termakbul,” katanya.

Turut hadir ialah Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.

 ??  ?? RICHARD (tiga kiri) menyempurn­akan gimik pelancaran persidanga­n berkenaan.
RICHARD (tiga kiri) menyempurn­akan gimik pelancaran persidanga­n berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia