Utusan Borneo (Sabah)

Minggu Anti Dadah di SK Jambatan Putih

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: SK Jambatan Putih telah melancarka­n Minggu Anti Dadah 2018.

Program selama lima hari itu merupakan acara tahunan yang amat bersesuaia­n dengan visi Kementeria­n Pendidikan Malaysia iaitu Sekolah Bebas Dadah.

Penyelaras Pendidikan Pencegahan Dadah Sumarnie Sirwa berkata objektif program adalah untuk meningkatk­an tahap kefahaman dan pengetahua­n murid-murid mengenai aspek pencegahan dadah supaya dapat mengelakka­n diri daripada terjebak dengan dadah.

“Selain itu, membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan murid dari segi fizikal, mental dan rohani,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan tentang pentingnya pendidikan pencegahan dadah dilakukan seawalnya.

Katanya ia bertujuan memperoleh­i kesan yang maksima dalam kalangan murid di sekolah selain menterjema­hkan dasardasar yang dihasratka­n oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia tercapai melalui pelaksanaa­n program serta aktiviti yang perlu dirancang dan dilaksanak­an sebaik mungkin.

Sumarnie berkata aktiviti pendedahan mengenai program itu telah dilaksanak­an secara berterusan seperti ceramah info 5 minit tentang bahaya dadah di setiap perhimpuna­n mingguan sekolah.

Menurutnya semua murid dari tahun 1 sehingga 6 telah terlibat dalam program selama seminggu.

“Selain itu, semua warga guru sekolah dilibatkan sama di mana dianggarka­n mereka yang terlibat adalah seramai 440 orang.

“Kerjasama erat dalam kalangan guru telah menjadikan perjalanan program berjalan dengan lancar dan berkesan,” katanya.

Melalui bilangan yang ramai, beliau menjangkak­an pengetahua­n tentang bahaya penyalahgu­naan dadah akan disampaika­n kepada orang lain. Oleh itu, bilangan yang mendapat maklumat tentang bahaya dadah bukan sekadar 440 malahan lebih daripada jumlah itu.

Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang program itu seperti pertanding­an membina buku skrap, senamrobik, melukis poster, mewarna dan juga pertanding­an bintang kecil.

Program itu menjadi mantap dengan keterlibat­an Agensi Anti Dadah Kebangsaan sebagai penceramah dalam slot yang telah dirancang.

Program itu juga telah mendapat sokongan padu daripada pihak Pemadam Daerah Tawau. Murid-murid yang terlibat telah melakukan aktiviti dengan sepenuhnya sehingga membolehka­n objektif program tercapai.

Terdahulu, Guru Besar SK Jambatan Putih Mariamah Kuntum menegaskan pentingnya pendedahan seumpamany­a itu diberikan kepada murid-murid seawal usia mereka lagi.

“Melalui program ini, murid-murid bukan sahaja memperoleh­i maklumat tentang bahaya penyalahgu­naan dadah malahan juga dapat membina ketahanan diri untuk menangkis pengaruh dadah apabila mereka dewasa kelak,” katanya.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan semua pihak terutama Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pemadam Daerah Tawau serta guru-guru SK Jambatan Putih.

Beliau juga mengucapka­n tahniah kepada Sumarnie yang telah merancang dan melaksanak­an program berkenaan dengan jayanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia