Utusan Borneo (Sabah)

Guna MyKad orang lain, lelaki warga asing kena 30 bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing yang menggunaka­n MyKad orang lain, dikenakan penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Aidil Abdul Ruji, 20, yang disabitkan mengikut Seksyen 25(1)(o)Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara 1990.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh tiga tahun atau denda RM3,000 hingga RM20,000, atau keduadunya.

Tertuduh didapati memiliki MyKad atas nama Abdul Hakim Yussop bernombor 011012-12-0047, pada 20 Mac di sekitar pekan Sook, daerah Keningau.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap polis dalam Ops Mega 2.0 kerana gagal menunjukka­n dokumen pengenalan diri.

Hasil siasatan lanjut pihak Imigresen mendapati tertuduh memiliki MyKad terbabit, seterusnya dirujuk ke Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) untuk tindakan lanjut.

Semakan menunjukka­n, pemilik dokumen berkenaan sudah membuat gantian kad pengenalan pada 15 April 2015, atas kehilangan yang pertama.

Siasatan lanjut, tertuduh mengaku berasal dari negara Filipina dan mendapatka­n MyKad terbabit daripada seorang pakcik yang sudah meninggal di daerah Semporna.

Aidil yang menetap di Sook, menggunaka­n dokumen terbabit selama empat tahun.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n.

Namun Pegawai Pendakwa Mohamad Faizal Tahir dari JPN meminta hukuman setimpal dikenakan, dengan mengambil kira faktor keselamata­n negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia