Utusan Borneo (Sabah)

Wanita didakwa pandu melulu sebabkan kemalangan dan kematian

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, memandu dalam keadaan melulu hingga menyebabka­n kemalangan dan kematian.

Helen Kissi, 32, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus.

Kesalahan dilakukan pada 22 Mei 2015 jam 6.05 petang di tepi Jalan Kampung Kalansanan, Inanam di sini.

Jika sabit kesalahan, penjara selama tempoh dua tahun hingga sepuluh tahun atau denda minimum RM5,000 hingga RM20,000.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 30 April terhadap tertuduh, yang diberikan ikat jamin sebanyak RM2,000 deposit RM1,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Dalam kes berasingan, enam lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk dikenakan denda atau penjara, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 45 A (1) akta sama.

Chong su Tien, 46, dan Hennterros Engeo, 23, didenda RM1,400, manakala Isal Masdih, 22, Poul Joseph, 45, Ang See Yao, 38, dan Freddy Mukau, 28, dikenakan RM1,100, RM1,000, RM2,800 dan RM1,600.

Mereka didapati memandu dalam pengaruh alkohol pada 25 Oktober 2015, 11 Februari dan 10 Mac di Jalan Lintas dan Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini.

Sementara itu, tiga lelaki dan seorang wanita dikenakan denda RM500 atau penajra tiga minggu, selepas mengaku bersalah memandu kenderaan dan menunggang motosikal tanpa lesen.

Mohammad Hisham Alham Ajid, 19, Shah Roll Allam Sai Omar, 58, Azruddin Syah Bakar, 25, dan Ahadiah Lik, 25, melakukan kesalahan itu pada 1 hingga 31 Januari di Jalan Tun Fuad dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Ahadiah juga dikenakan denda RM300 atau penjara tiga minggu, kerana tidak memiliki polisi insurans pihak ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia