Utusan Borneo (Sabah)

Ugut ayah: Lelaki dipenjara setahun

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mengugut ayahnya kerana tidak diberikan wang, dikenakan penjara selama setahun oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Vyner Bernard Lojuki, 33, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Tertuduh mengeluark­an kata-kata ugutan hendak menyebabka­n kematian terhadap Sitalis Lojuki, 60, pada 28 Mac jam 1 petang di sebuah rumah, Kampung Tanaki, daerah Penampang.

Hasil siasatan polis, semasa pengadu balik ke rumah menghantar cucu-cucunya yang mengikuti beliau dan isterinya keluar, melihat tertuduh mengamuk dan merosakkan barang.

Tertuduh merupakan anak tunggal pengadu, turut mengugut akan memukul beliau jika tidak diberikan wang.

Dalam pada itu, tertuduh yang mempunyai tiga anak tinggal bersama pengadu dan isterinya.

Sementara itu, seorang pekerja stesen minyak juga dikenakan penjara setahun kerana mengancam akan memecahkan cermin kereta milik seorang lelaki warga emas.

Azmi Azwanshah, 24, mengaku melakukan kesalahan itu pada 4 April jam 6.45 petang, di sebuah stesen minyak, daerah Putatan.

Pada hari kejadian, pengadu berusia 65 tahun hendak mengisi minyak lalu tertuduh datang dengan mengeluark­an kad minyak, tetapi beliau mengeluark­an kad sendiri untuk mengisi minyak.

Semasa pengadu memasukkan kad, beliau mendapati kadnya mengalami masalah dan tidak dapat meneruskan transaksi, walaupun sudab beberapaka­li mencuba.

Beliau akhirnya memanggil semula tertuduh untuk meminta bantuan, namun berlaku salah faham antara mereka sehingga tertuduh mengeluark­an perkataan ‘bodoh’.

Selepas itu, berlaku pertengkar­an antara mereka sehingga tertuduh menumbuk tangan kanan pengadu disamping mengugut akan merosakkan kereta, namun dihalang para pekerja yang lain.

Cindy memerintah­kan Vyner dan Azmi menjalani hukuman masing-masing bermula dari tarikh tangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia