Utusan Borneo (Sabah)

Hukuman penjara lapan tahun terhadap abang pengganas kekal

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutua­n pada Rabu mengekalka­n hukuman penjara lapan tahun terhadap abang seorang pengganas Daesh yang mengendali­kan harta milik adiknya selepas menolak rayuan akhirnya bagi mengurangk­an hukuman itu.

Panel lima hakim dipengerus­ikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak rayuan Mohamed Danny Mohamed Jedi, 31, dan berkata selepas menimbangk­an fakta-fakta dalam kes itu, mahkamah tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah hukuman penjara tersebut melainkan hukuman berkenaan salah dari segi fakta dan undang-undang.

Zulkefli yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Tan Sri Aziah Ali berkata mahkamah mendapati hukuman yang dipinda oleh Mahkamah Rayuan adalah sesuai dan berpatutan.

“Kami tolak rayuan kamu. Hukuman lapan tahun dikekalkan. Mengikut peraturan penjara, jika kamu berkelakua­n baik, hukuman boleh dikurangka­n,” kata Zulkefli.

Mohamed Danny, abang kepada Muhammad Wanndy, 27, merayu terhadap hukuman lapan tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Feb 2017.

Muhammad Wanndy menyertai kumpulan Daesh sejak 2015 dan berada di Syria serta menjadi pelopor utama merekut rakyat Malaysia sebagai ahli kumpulan militan itu di negara berkenaan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhka­n hukuman penjara empat tahun terhadap Mohamed Danny selepas dia mengaku bersalah mengurus secara tidak langsung harta milik adiknyaden­ganmembena­rkan kemasukan wang sebanyak RM12,130 dan mengeluark­an wang sebanyak RM10,000 daripada akaunnya bagi memberi manfaat kepada pengganas berkenaan.

Bagaimanap­un Mahkamah Rayuan mengubah hukuman itu kepada lapan tahun selepas membenarka­n rayuan pihak pendakwaan bagi menambah hukuman penjara tersebut.

Bekas pekerja kedai serbaneka dari Melaka tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di cawangan Maybank Ayer Keroh, Melaka antara 28 Jan dan 5 Mac 2016, mengikut Seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana harta tersebut.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia