Utusan Borneo (Sabah)

Suami isteri didakwa kemukakan invois palsu berjumlah RM91,500

-

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu atas pertuduhan mengemukak­an invois mengandung­i butiran palsu berhubung pembekalan cenderahat­i berjumlah RM91,500, tahun lepas.

Mohd Raji@Mohd Radzi Kasdi, 51, seorang kakitangan pihak berkuasa tempatan dan Norlela Surip, 49, bekas kerani di Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azura Alwi selepas pertuduhan dibacakan.

Mohd Raji@Mohd Radzi didakwa mengemukak­an invois yang mengandung­i butiran palsu daripada syarikatny­a iaitu Nadzwa Resources berjumlah RM42,000 kepada seorang pengurus cawangan (Pentadbira­n Am) Bahagian khidmat Pengurusan di Perkeso bagi membekalka­n dan menghantar cenderahat­i.

Dia dituduh berniat memperdaya­kan pengurus berkenaan di cawangan Pentadbira­n Am, Bahagian Khidmat Pengurusan, Menara Perkeso, di sini pada 23 J a n 2017 manakala N o r lela pula didakwa bersubahat dengan suaminya melakukan perbuatan serupa di tempat dan tarikh sama.

Mereka juga menghadapi tuduhan bersama-sama mengemukak­an invois yang mengandung­i butiran palsu daripada syarikat M’Dia Enterprise berjumlah RM49,500 bagi membekal dan menghantar gambar berserta bingkai kayu, kepada pengurus sama di Perkeso pada 27 Jan 2017.

Bagi kesemua pertuduhan itu, mereka didakwa dibawa h Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta serupa yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Amira Sariaty Zainal menawarkan jaminan RM50,000 bagi setiap tertuduh untuk kesemua pertuduhan manakala kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah kerana mereka menanggung anak yang masih bersekolah.

Mahkamahme­mbenarkan jaminan RM25,000 bagi setiap tertuduh untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu menyerahka­n pasport antarabang­sa kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah juga menetapkan 10 Mei untuk sebutan semula kes.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia