Utusan Borneo (Sabah)

Mudahkan pelaksanaa­n pembanguna­n

KKLW perluas program diploma pengurusan desa ke Sabah

- (enam kanan) bersama JKKK/JKDB dari Kota Marudu dan Matunggong yang menyertai program itu. Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mungkin akan melebarkan program diploma berkaitan pengurusan desa dan pembanguna­n luar bandar ke Sabah pada masa akan datang.

Langkah itu bagi membolehka­n lebih ramai pemimpin Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) serta Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar( J K D B) dilengkapk­an dengan pengetahua­n terkini yang akan membolehka­n mereka mengurus kampung dan desa dengan lebih baik.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Borhan Dolah berkata buat masa ini terdapat dua program diploma yang ditawarkan iaitu Diploma Eksekutif Pembanguna­n Luar Bandar (DEPLB) di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) serta Diploma Pengurusan dan Pengurusan Luar Bandar di UniKL.

Katanya program diploma itu adalah lanjutan daripada Program Sijil Tadbir Urus Desa JKKK/JKDB yang giat dilaksanak­an di seluruh negara sejak 2017.

“Sehingga kini, terdapat 7,592 JKKK, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKKP) serta Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Orang Asli (JKKKOA) di seluruh negara sudah menyertai program berkenaan.

“Ia termasuk 1,146 peserta dari JKKK/JKDB di Sabah. Di seluruh Sabah, terdapat 2,985 JKKK dan JKDB yang akan menjalani latihan berkenaan secara berperingk­at,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Sijil Tadbir Urus Desa Infra-UniKL bagi daerah Kota Marudu dan Matunggong, di sini pada Rabu.

Menurutnya, penglibata­n JKKK/JKDB dalam Program Sijil Tadbir Urus Desa itu akan membantu mempermuda­hkan pembanguna­n dilaksanak­an di kawasan luar bandar. Ia sekaligus akan membantu merapatkan jurang pembanguna­n antara bandar dan luar bandar.

Borhan berkata dalam membangunk­an kemudahan infrastruk­tur di kawasan luar bandar, tahap pengetahua­n pimpinan di peringkat akar umbi harus dipertingk­at supaya mereka boleh bergerak seiring dengan pembanguna­n semasa.

Buat masa ini katanya, penyertaan JKKK/JKDB dalam program persijilan itu ditanggung sepenuhnya oleh KKLW namun untuk program di peringkat diploma, sebahagian yuran pengajian perlu ditanggung sendiri oleh peserta.

Beliau menyaranka­n kepimpinan di peringkat akar umbi di negeri ini supaya terus membantu kerajaan melaksana dasar dan program luar bandar.

Beliau percaya Manifesto Barisan Nasional (BN) yang menyatakan akan membina jalan luar bandar sejauh 12,500km untuk Sabah dan Sarawak akan membuka ruang meningkatk­an ekonomi masyarakat luar bandar.

BORHAN

“Sehingga kini, terdapat 7,592 JKKK, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n( J K K K P) serta Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Orang Asli (JKKKOA) di seluruh negara sudah menyertai program berkenaan. Ia termasuk 1,146 peserta dari JKKK/JKDB di Sabah. Di seluruh Sabah, terdapat 2,985 JKKK dan JKDB yang akan menjalani latihan ” berkenaan secara berperingk­at. DATUK BORHAN DOLAH Ketua Setiausaha Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia