Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat dipelawa meriahkan Negaraku: Menghubung Menyatu bermula Jumaat ini

-

KOTA BELUD: Masyarakat di sekitar daerah ini dipelawa memeriahka­n Program Negaraku: Menghubung Menyatu @KB yang akan diadakan di Padang SK Tamu Darat, di sini, bermula Jumaat ini.

Pengarah Penerangan Sabah Swady Guliling berkata program dua hari itu merupakan anjuran Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang ditunjangi Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Belud serta agensi di bawah kementeria­n berkenaan.

Menurut beliau, program itu akan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Said Keruak di SK Tamu Darat pada Sabtu jam 2 petang.

Bertemakan ‘Negaraku Malaysia’, program dua hari itu meliputi pameran serta jualan bagi agensi kerajaan, sukan 1Malaysia, persembaha­n Pentarama/ Buskers Live, ceramah keusahawan­an, pemeriksaa­n kesihatan percuma, derma darah, pertanding­an futsal, pertanding­an mewarna bagi kanak-kanak, Himpunan Belia Permotoran (Autoshow) serta Kupi-kupi Bersama Menteri KKMM serta cabutan pengunjung bertuah yang menawarkan hadiah lumayan.

“Paling signifikan, terdapat dua pasukan yang menjalanka­n Program Kembara Jalinan Kasih secara serentak di dua lokasi berbeza dengan masingmasi­ng lima rumah penerima e-Kasih di Kg Sayap dan Kg Tengkurus.

“Ia disusuli kenduri kampung yang diadakan di Balai Raya Kg Tambulion serta Solat Jumaat di masjid kampung itu yang dihadiri oleh Ketua Setiausaha K K M M Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman,” katanya.

 ??  ?? SWADY
SWADY
 ??  ?? SALLEH
SALLEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia