Utusan Borneo (Sabah)

Ar Rahnu Tekun buka cawangan di Kelantan, Johor

-

TAWAU: Ar Rahnu Tekun akan membuka dua cawangan baharu di Kota Baharu dan Johor Bahru dalam tempoh terdekat ini, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Datuk Baharom Embi.

Beliau berkata, perkara itu susulan Ar Rahnu Tekun yang sinonim memberi perkhidmat­an pembiayaan melalui gadaian emas mendapat sambutan masyarakat termasuk bukan islam sekali gus mendorong kepada pembukaan cawangan baharu.

“Pembukaan cawangan Ar Rahnu adalah bagi membuka lebih peluang kepada usahawan, bakal usahawan di pedalaman dan juga di bandar untuk meningkatk­an perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan cawangan Ar Rahnu Tekun Tawau di sini, Rabu.

Sebelum ini cawangan Ar Rahnu Tekun terdapat di Shah Alam, Wangsa Maju, Sentul, Semenyih dan Alor Setar dengan projek pembiayaan menerusi gadaian emas melibatkan 7,395 transaksi yang bernilai RM16,959,562.28 bagi tempoh operasi sejak 2015 hingga 9 April 2018.

Sementara itu, Baharom berkata premis Ar Rahnu Tekun Tawau yang dirasmi Rabu mulai beroperasi sejak 19 Mac lepas.

“Keistimewa­an Ar Rahnu Tekun juga membuka peluang perkhidmat­an pembiayaan cagar emas kepada pemegang passpot IMM13,” katanya.

Baharom dalam pada itu turut menyasarka­n cawangan Tawau membiayai RM1 juta dalam tempoh tiga bulan mulai beroperasi.

Selain pembiayaan menerusi gadaian emas, Ar Rahnu Tekun juga menyediaka­n perkhidmat­an mencuci barang kemas serta perkhidmat­an menyimpan barangan emas dengan tawaran ujrah.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia