Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 50 saksi akan dipanggil pada perbicaraa­n kes bakar pusat tahfiz

-

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan akan memanggil lebih 50 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraa­n kes dua remaja yang didakwa atas pertuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, yang ditetapkan pada 30 Mei di Mahkamah Tinggi di sini.

Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz memaklumka­n demikian semasa sebutan semula kes itu di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah pada Rabu dan turut memberitah­u dokumen berkaitan kes telah diserahkan kepada pihak pembelaan.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Joanne Chua Tsu Fae manakala peguam Boestaman Ahmad dan Roswadya Roslan bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak pusat tahfiz dan keluarga mangsa.

Dua remaja lelaki yang ketika itu berumur 16 tahun didakwa bersamasam­a membunuh dan menyebabka­n kematian 23 penghuni di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiya­h, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, di sini antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 Sept 2017.

Mereka masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Seksyen 97(1) Akta Kanakkanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun.

Mahkamah, bagaimanap­un boleh menjatuhka­n hukuman penjara selama mana diperkenan­kan Yang diPertuan Agong dan mengikut Seksyen 94 akta sama juga mempunyai kuasa untuk memerintah­kan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.

Dalam kejadian menyayat hati yang berlaku kira-kira 5.15 pagi, 14 Sept 2017, seramai 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangk­ap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz itu yang terbakar.- Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia