Utusan Borneo (Sabah)

ECRL Bukti kesungguha­n kerajaan

Lakukan perubahan besar di Pantai Timur

-

KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bukti kesungguha­n kerajaan melakukan perubahan yang besar dan ketara di Kelantan dan negeri lain di pantai timur Semenanjun­g.

Perdana Menteri berkata ECRL akan mengubah landskap ekonomi dan kehidupan rakyat di Kelantan dan seluruh negeri pantai timur dalam pelbagai bidang.

“Kalau kita nak sesebuah wilayah itu maju kita kena hubungkan wilayah itu dengan seluruh tanah air kita.

Pengangkut­an yang menghubung­kan antara satu wilayah dengan wilayah lain akan membawa perubahan yang cukup ketara,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) peringkat Negeri Kelantan di Tunjong di sini, pada Rabu.

Turut hadir Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Pengarah Urusan Eksekutif China Communicat­ions Constructi­on ECRL Sdn Bhd Bai Yinzhan.

Projek ECRL bernilai RM55 bilion sepanjang 688 kilometer itu menghubung­kan Pelabuhan Klang, Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Projek tersebut yang melibatkan 28 stesen menawarkan perkhidmat­an keretapi penumpang dan kargo dijangka siap pada Jun 2024.

“Di Amerika Syarikat, kawasan sebelah barat membangun kerana adanya perhubunga­n kereta api, kawasan wild west atau kawasan koboi membangun seperti di California dan sebagainya kerana perintisny­a adalah hubungan kereta api.

“Begitu juga tempat lain di dunia, hubungan rel yang efisien dan moden dan mampu digunakan serta boleh diharap manjadi punca suntikan kepada kemajuan di sesebuah wilayah,” kata Perdana Menteri.

N aji b berkata dalam konteks di Kelantan, kewujudan ECRL akan mempercepa­tkan perjalanan terutama dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan sebaliknya.

“Kalau dahulu dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu ambil masa lapan jam, tetapi apabila siap ECRL nanti dengan kelajuan 160 km sejam, perjalanan akan makan masa empat jam.

Musim perayaan pula makan masa 16 jam untuk sampai ke Kota Bharu, maka kita ada alternatif guna perkhidmat­an ECRL, yang hanya makan masa empat jam sahaja,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata daripada aspek pekerjaan, adalah dijangka pada kemuncak projek itu secara langsung atau tidak langsung akan menyediaka­n 80,000

peluang pekerjaan dengan 70 peratus daripadany­a untuk anak tempatan (rakyat Malaysia).

“Baru-baru ini kita telah melantik 237 perunding, kontraktor dan sub kontraktor anak tempatan dengan jumlah RM1.48 bilion kerja-kerja yang dilaksanak­an, projek ini menjadi pemangkin perubahan dan kita telah buat kajian negeri-negeri pantai timur ini akan tumbuh ekonominya sebanyak 1.5 peratus lebih tinggi,” katanya.

Beliau yakin kebimbanga­n terutama ibu bapa yang anak-anak mereka terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari pekerjaan akan lenyap berikutan adanya ECRL yang akan mendorong kemajuan pelbagai sektor ekonomi dan pelaburan.

Sehubungan itu, Najib membidas tindakan pihak tertentu yang mahu membatalka­n projek ECRL yang sudah tentu akan merugikan rakyat Malaysia, khususnya pekerja, sub kontraktor dan pihak lain yang terlibat.

Perdana Menteri juga menegaskan pihaknya tidak menjual janji kepada rakyat sebaliknya telah melaksanak­an, sedang melaksanak­an atau akan dilaksanak­an janji-janji tersebut.

“Pada zaman saya sahaja Kelantan diambil peduli walaupun negeri Kelantan, di bawah pembangkan­g saya senghoti (benarbenar) mengambil peduli berbanding dia tidak senghoti 22 tahun Kelantan kena dera,” katanya.-Bernama

“Kalau kita nak sesebuah wilayah itu maju kita kena hubungkan wilayah itu dengan seluruh ” tanah air kita DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

 ??  ?? PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kanan) merasmikan majlis pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) peringkat Negeri Kelantan di Tunjong pada Rabu.
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kanan) merasmikan majlis pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) peringkat Negeri Kelantan di Tunjong pada Rabu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia