Utusan Borneo (Sabah)

Tarikh undi jatuh hari bekerja bukan perkara luar biasa

-

LUMUT: Penetapan hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei ini yang juga merupakan hari bekerja bukanlah suatu perkara luar biasa sehingga Boleh mencetuska­n permasalah­an kerana ia pernah berlaku sebelum ini.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata tarikh tersebut sudah pasti telah dipertimba­ngkan sebaiknya sebelum ditetapkan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dan hari pengundian pada hari bekerja pernah berlaku pada PRU 1995 dan 1999.

Shamsul Anuar berkata penetapan tarikh mengundi pada hari bekerja tidak sepatutnya dijadikan isu kerana sebelum ini ia pernah dilakukan ketika negara di bawah pemerintah­an, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Setiap perkara yang dibuat kerajaan atau agensi (kerajaan) akan diputar belit (oleh pihak pembangkan­g) dan menimbulka­n persepsi yang tidak baik kepada rakyat.

“Sebenarnya mengundi pada hari Rabu (hari berkerja) bukanlah perkara baharu.. ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu beberapa kali pilihan raya dibuat pada hari berkerja,” katanya.

Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Biro Kebajikan Umno (BIKUM) berkata, isu berkaitan tarikh pengundian dilihat seperti sengaja diperbesar­kan oleh pihak pembangkan­g yang disifatkan mahu menimbulka­n kemarahan rakyat.

Katanya, beliau percaya Barisan Nasional (BN) mempunyai strategi tersendiri dalam menghadapi serangan pihak pembangkan­g yang sudah boleh dijangka terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan 9 Mei nanti.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata BIKUM sentiasa menggerakk­an kerja bantuan secara konsisten dan berterusan sejak dahulu lagi dan bukan hanya dilakukan menjelang PRU sematamata.

Beliau berkata BIKUM memberi jaminan bantuan kepada rakyat akan diteruskan malah akan dipergiatk­an dari semasa ke semasa biarpun selepas PRU diadakan bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihar­a.

“Kita akan lakukan secara konsisten kerana ia tanggungja­wab kita dan sebagai tanda terima kasih parti kepada rakyat yang sentiasa memberi kepercayaa­n kepada Umno,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia