Utusan Borneo (Sabah)

BN Johor muktamad calon, tunggu pengumuman Perdana Menteri

-

ISKANDAR PUTERI: Barisan Nasional (BN) Johor telah memuktamad­kan senarai calonnya yang akan bertanding pada Pilihanray­a Umum ke-14.

Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu telah diputuskan selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN di Sri Perdana semalam, yang mana senarai calon berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat ini.

Mohamed Khaled, yang juga Menteri Besar Johor itu juga tidak menolak kemungkina­n akan ada calon yang disenaraik­an untuk bertanding di dua kawasan pilihanray­a termasuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk mukamuka baharu.

“Pertemuan berjalan dengan baik, kita sudah siap dan muktamadka­n nama-nama dan bila sampai masa Perdana Menteri akan umumkan (nama-nama calon),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatan­gani Kontrak Transforma­si Perkhidmat­an Bas Berhenti-henti antara Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) dan Handal Indah Sdn Bhd, di sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perjumpaan beliau dengan Perdana Menteri di Putrajaya pada Selasa.

Berkenaan dengan Manifesto Orang Muda yang dilancarka­n BN semalam, beliau berkata ia merupakan satu manifesto yang tepat pada masanya dan mempunyai tawaran yang terbaik untuk golongan muda.

“Kita ucapkan tahniah kerana memang tepat pada masanya dan saya berharap orang muda akan dapat memberi pertimbang­an yang baik dan jelas terhadap manifesto ini.

“Ia juga menunjukka­n BN prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang orang muda berbanding pembangkan­g yang tidak memikirkan orang muda,” kata beliau.

Sementara itu, Mohamed Khaled turut menyangkal dakwaan pembangkan­g yang kononnya wang yang terdapat di dalam Tabung Warisan Johor telah digunakan oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak pernah menggunaka­n dana yang berjumlah RM300 juta berkenaan kerana ia hanya boleh digunakan dalam keadaan darurat.

Tabung Warisan Johor berkenaan ditubuhkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pada ketika itu memegang jawatan Menteri Besar Johor pada tahun 1990-an.

“(Sekarang ini) kita ada banyak lagi (wang) dan kita tidak gunakan wang tersebut kerana kita tahu ia hanya boleh digunakan untuk kegunaan kelansunga­n budaya dan berkaitan air (dalam keadaan darurat),” katanya.

Tabung Warisan Johor merupakan wang pampasan pembinaan Empangan Linggui dari negara Singapura yang berjumlah lebih RM300 juta yang diterima oleh kerajaan negeri Johor dan dimasukkan ke dalam tabung ini untuk kegunaan keadaan darurat.

Pada Selasa, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor Dzulkefly Ahmad mendakwa dana berkenaan telah digunakan oleh kerajaan negeri untuk tujuan lain dan bukan untuk waktu darurat.Bernama

 ??  ?? KHALED (empat, kiri) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Ketua Pegawai Operasi Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) Qamar Wan Noor (dua, kiri) dan Pengarah Urusan Handal Indah Sdn Bhd Lim Han Weng selepas Majlis Menandatan­gani Kontrak...
KHALED (empat, kiri) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Ketua Pegawai Operasi Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) Qamar Wan Noor (dua, kiri) dan Pengarah Urusan Handal Indah Sdn Bhd Lim Han Weng selepas Majlis Menandatan­gani Kontrak...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia