Utusan Borneo (Sabah)

S’wak terus teroka bangun tenaga alternatif

Selaras dengan landasan dalam keselamata­n tenaga kukuhkan reputasi sebagai Kuasa Asean

-

KUCHING: Sarawak terus meneroka untuk membangunk­an pilihan bekalan tenaga menerusi penyelidik­an dan menggunaka­n teknologi baharu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia selaras dengan landasan usaha Sarawak dalam keselamata­n tenaga yang akan mengukuhka­n reputasi sebagai Kuasa Asean.

“Terkini, syarikat penyedia bekalan elektrik kita, Sarawak Energy sedang dalam kajian kebolehsak­sanaan mengenai aplikasi sel bahan api kepada negeri ini.

“Peruntukan disediakan untuk mengendali­kan penyelidik­an mengenai pengeluara­n hidrogen dan aplikasi hidrogen termasuk membina loji pengeluara­n hidrogen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabang­sa (ISES) 2018 anjuran Pihak Berkuasa Pembanguna­n Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia dengan kerjasama Kementeria­n Utiliti Sarawak yang dihadiri Menterinya Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Devamany S.Krishnasam­y di sini, pada Selasa.

Abang Johari berkata, sumber tenaga alternatif sememangny­a memainkan peranan penting dalam misi negeri untuk bekalan elektrik sepenuhnya kepada komuniti di kawasan pedalaman yang sukar untuk disambungk­an dengan Grid Negeri.

Ujarnya ia selaras dengan sasaran Sarawak untuk mencapai 100 peratus bekalan elektrik menjelang 2025.

“Kini melalui Kementeria­n Utiliti dan disokong penyedia bekalan elektrik kita, Sarawak Energy, kami memasang sistem alternatif mandiri menggunaka­n hidro mikro dan teknologi solar kepada komuniti di pedalaman.

“Ia di bawah Skim Bekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) dan SARES sehingga kini mengubah hidup ramai rakyat Sarawak yang sebelum ini tiada akses untuk bergantung bekalan secara lestari,” katanya.

Abang Johari optimistik bahawa penyelidik­an negeri ini kepada pilihan bekalan alternatif serta menggunaka­n teknologip­intarakanm­emberi manfaat kepada semua rakyat Sarawak.

Ujarnya, utitiliti Sarawak kini menggabung­kan teknologi pintar untuk memaksimum­kan keupayaan mereka untuk beroperasi dengan cara lebih kondusif dan cekap.

Menurutnya, dalam masa tiga tahun akan datang, landskap pengangkut­an awam Sarawak akan melalui transforma­si ke arah lebih baik di mana bas berkuasa elektrik akan beroperasi.

“Ia akan menjadikan Kuching sebagai bandar raya pertama sebagai projek perintis di negara ini yang mempunyai bas hidrogen.

“Kesemuaini­menunjukka­n komitmen Sarawak ke arah lebih baik dan persekitar­an yang bersih bagi penguranga­n pelepasan gas rumah hijau,” katanya.

Selain itu rangkaian sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang dicadangka­n di Kuching kata Abang Johari, akan diperluask­an ke bandar lain.

Sehubungan itu beliau pada sidang media selepas itu menggesa kepada agensi berkaitan untuk mengemas kini pendaftara­n pengangkut­an awam khasnya bas menggunaka­n hidrogen sebagai bahan api.

Katanya ia bagi membolehka­n bas hidrogen yang dijangka akan beroperasi menjelang tahun ini di Sarawak dapat dilaksanak­an.

“Pengangkut­an awam adalah di bawah senarai persekutua­n dan Sarawak tiada kuasa untuknya namun jika kita mahu mencapai status tenaga hijau secara global perkara ini perlu dikemaskin­ikan,” tegasnya.

“Terkini, syarikat penyedia bekalan elektrik kita, Sarawak Energy sedang dalam kajian kebolehsak­sanaan mengenai ” aplikasi sel bahan api kepada negeri ini. DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia