Utusan Borneo (Sabah)

Dua pesara pendidikan terima Tokoh Guru

-

DUA warga pendidik yang telah bersara sejak beberapa tahun lalu telah diberi anugerah Tokoh Guru sempena Hari Guru Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran 2018 yang telah berlangsun­g di Dewan Seri Sulaman, Tuaran.

Mereka ialah Ustaz Hashim Awang dan Cikgu Yatau Ubin @Azman Abdullah.

Kedua-dua bekas guru ini telah menerima anugerah masing-masing daripada tetamu kehormat iaitu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.

Hadir untuk menyaksika­n acara itu ialah Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Hajjah Maimunah Haji Suhaibul dan Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran Tah Nia Haji Jaman.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah Datuk Joniston Bangkuai dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tamparuli Datuk Jahid Jahim serta Penolong Pegawai Daerah Tuaran Awang Mohd Yusof.

Sementara itu, lima bekas pengetua/guru besar yang telah bersara telah diberi anugerah Jasamu Dikenang. Mereka ialah bekas Pengetua Cemerlang SMK Sungai Damit, Hajjah Sharina Haji Majimin @Paulina Pulis; bekas Pengetua SMK Taman Ria, Haji Said Andong; bekas Pengetua SMK Pekan Telipok, Haji Baharom Haji Mohammed; bekas Guru Besar SK Bawang Tamparuli, Lucy @ Rosemary Jamari; dan bekas Guru Besar SK Sungai Damit, Yanam Celung @ Clara.

Anugerah Khas telah diberikan kepada Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Awangku Jiar Pengiran Haji Duraman dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah Suhailee Haji Ahmad.

Enam individu termasuk guru dan orang awam telah diberi anugerah Ikon. Mereka ialah Masrah @ Noraidah Haji Ahmad, Guru Perpustaka­an dan Media (Ikon Guru); Shelley Liew Mui Lin, Guru Besar SJKC Chen Sin (Ikon Kepimpinan Sekolah Rendah); Fadlyna Omar, Pembantu Tadbir (Ikon PPD Tuaran); Daud Esa, Guru Besar SK Tambulaong (Ikon Permaufaka­tan PPD Tuaran); Suhaimi Abdullah @Voo Hon Man, Guru Besar SK Pekan Telipok (Ikon Kepimpinan); dan Dr G Mohan a/l Gopal Naidoo, Pengarah Hospital Tuaran (Ikon Permuafaka­tan Agensi Luar).

Sementara itu, anugerah PIBK Sekolah Menengah telah diberi kepada Pengerusi PIBG SMK Pekan Telipok Makmur Ibak, Pengerusi PIBG SMK Badin Haji Noorzain Tawi serta Pengerusi PIBG SK Guakon Baru Jessie Taimin (Anugerah PIBK Sekolah Rendah).

Hadir sama ialah Pengerusi Permuafaka­tan Pendidikan Daerah Tuaran Roslani Abdullah, Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Tuaran Zamli Mantamin dan Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Tuaran Mohd Juin Nauli.

Ketua Polis Daerah Tuaran telah diwakili oleh ASP Wirawati Mohd Ali manakala Pengarah IPG Kent diwakili oleh Nancy Lokason.

 ??  ?? HASHIM (dua kiri) dan Yatau (dua kanan) setelah menerima anugerah daripada Hajiji, diperhatik­an oleh Tah Nia (kiri) dan Maimunah.
HASHIM (dua kiri) dan Yatau (dua kanan) setelah menerima anugerah daripada Hajiji, diperhatik­an oleh Tah Nia (kiri) dan Maimunah.
 ??  ?? SAID (dua kiri) yang telah bersara menerima anugerah Jasamu Dikenang daripada Hajiji, diperhatik­an oleh Maimunah (kanan) dan Tah Nia.
SAID (dua kiri) yang telah bersara menerima anugerah Jasamu Dikenang daripada Hajiji, diperhatik­an oleh Maimunah (kanan) dan Tah Nia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia