Utusan Borneo (Sabah)

Memartabat seni orator “Para pendebat diberikan masa dua minggu untuk mempersiap­kan pasukan debat masing-masing, membuat rujukan, serta menganalis­is fakta untuk menguatkan ” hujah mereka. IDZRUL NABIL LUQMAN Pengarah Program Debora’18

Jakmas Kolej Kediaman Tun Fuad anjur Debora’18

- Oleh ABD NADDIN HJ. SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF) berjaya menganjurk­an pertanding­an Debat Piala Orator 2018 (Debora’18) bagi edisi ke-4 di Kolej Kediaman Tun Fuad barubaru ini.

Pertanding­an ini adalah program tahunan yang telah dijalankan sejak tahun 2015.

Sebanyak 12 pasukan debat telah mengambil bahagian dalam pertanding­an kali ini termasuk daripada pasukan debat Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kota Kinabalu, Politeknik Kota Kinabalu, KolejSidma, Universiti Putra Malaysia (UPM) kampus Bintulu, dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Debora’18 adalah platform terbaik kepada mahasiswa dalam pengucapan awam di mana 15 usul telah dibahaskan.

Pengarah Program Debora’18 Idzrul Nabil Luqman berkata usul yang yang dibahaskan terdiri daripada isu-isu semasa dalam dan luar negara yang mempunyai pelbagai tema seperti ekonomi, politik, pendidikan dan banyak lagi.

“Para pendebat diberikan masa dua minggu untuk mempersiap­kan pasukan debat masing-masing, membuat rujukan, serta menganalis­is fakta untuk menguatkan hujah mereka.

“Justeru, penganjura­n Debora’18 pada kali ini membawa semangat untuk terus komited dalam memartabat­kan seni orator melalui cabang debat,” katanya ketika ditemui selepas tamat pertanding­an akhir Debora’18.

Sebelum memilih empat pasukan terbaik ke peringkat separuh akhir, para pendebat perlu melalui lima pusingan awal yang akan menentukan kedudukan mereka selepas tamat kesemua pusingan.

Pasukan UiTM B telah mengunggul­i carta kedudukan liga diikuti pasukan U T P, U M S KDBM C, dan UMS KDBM B. Selain itu juga, tiga orang pendebat daripada pasukan UMS telah dinobatkan sebagai ‘Top 5’ pendebat terbaik liga, manakala dua orang lagi pendebat adalah daripada pasukan UTP.

Dalam pertanding­an akhir, UTP sebagai pihak kerajaan telah menentang pasukan U i T M B sebagai pembangkan­g yang merupakan juara bagi edisi pertama dan ketiga Debora yang lepas.

Usul ‘Transforma­si Pendidikan Sahaja Tidak Cukup Tanpa Transforma­si Pendidik’ telah dipilih oleh pihak penganjur sebagai usul pertanding­an akhir.

Penyertaan kali pertama pasukan UTP berbaloi apabila telah berjaya menewaskan pasukan UiTM B dengan keputusan hakim 4-1 dan margin markah 3.

Selaku juara, pasukan debat UTP membawa pulang wangtunai RM500, piala pusingan, piala iringan, dan sijil. Kejayaan berganda UTP terlakar apabila Andi Mohd Syaiful Andi Radi dinobatkan sebagai pendebat terbaik pertanding­an akhir Debora’18.

Penganjura­n Debora oleh Kolej Kediaman Tun Fuad diharapkan dapat menjadi satu jenama penganjura­n debat di UMS yang dapat mengetenga­hkan lebih ramai bakat pendebat yang mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu juga, medium debat seperti ini akan menyuburka­n lagi program akademik yang dapat melahirkan golongan pemikir yang hebat.

Diharapkan penganjura­n Debora untuk edisi akan datang mendapat lebih banyak penyertaan pasukan debat dari institusi pendidikan tinggi baik di Sabah, Sarawak, mahupun dari Semenanjun­g Malaysia.

 ??  ?? JUARA Debora 2018, Universiti Teknologi Petronas (UTP).
JUARA Debora 2018, Universiti Teknologi Petronas (UTP).
 ??  ??
 ??  ?? PARA AJK Debora 2018 bersama Pengetua Kolej Kediaman Tun Fuad Dr. Puteri Hayati.
PARA AJK Debora 2018 bersama Pengetua Kolej Kediaman Tun Fuad Dr. Puteri Hayati.
 ??  ?? JUARA dan naib juara Debora 2018, Universiti Teknologi Petronas dan UiTM Kota Kinabalu.
JUARA dan naib juara Debora 2018, Universiti Teknologi Petronas dan UiTM Kota Kinabalu.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas dan kiri) PUSINGAN akhir Debora 2018 menyaksika­n Universiti Teknologi Petronas menentang UiTM Kota Kinabalu.
(Gambar atas dan kiri) PUSINGAN akhir Debora 2018 menyaksika­n Universiti Teknologi Petronas menentang UiTM Kota Kinabalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia