Utusan Borneo (Sabah)

KKU1B laksana Pogram Gotong Royong Perdana

-

KOTA KINABALU: Kolej Kediaman Usia (KKU) 1Borneo berjaya melaksanak­an Program Gotong Royong Perdana bertempat di Kolej Kediaman Usia 1Borneo dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Kediaman Usia 1Borneo, kakitangan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) dan pelajar Kolej Kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Program anjuran Bahagian Perumahan Pelajar ini mendapat sambutan ramai memandangk­an program ini diadakan secara serentak bersama dengan kolej-kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah.

Pengarah Program Nurul Hazierah Ahmad berkata, program ini adalah untuk memastikan pelajar UMS bebas dan selamat daripada serangan nyamuk aedes selaras dengan temanya ‘Amalkan Budaya Bersih, Jauhi Aedes, Hidup Sejahtera’.

“Menerusi program ini juga, kami dapat menerangka­n tips tentang pembasmian nyamuk di sekitar kawasan rumah pelajar. Selain itu, kami juga dapat menyedarka­n residen tentang bahaya denggi dan kesan-kesannya.

“Aktiviti seperti ini penting untuk dilaksanak­an bagi membentuk residen yang bertanggun­gjawab dan prihatin terhadap persekitar­an mereka dan bertindak dengan segera,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Program Norhanieya­ti Norhaizat berkata, Gotong Royong Perdana ini merupakan usaha yang baik bagi memastikan Kolej Kediaman Usia 1Borneo sentiasa berada di dalam keadaan yang bersih dan bebas daripada nyamuk aedes di samping meningkatk­an kesejahter­aan hidup pelajar di dalam kolej.

Katanya, beliau akan terus menyokong terhadap program seperti itu agar kesihatan pelajar sentiasa terjaga dan terjamin.

 ??  ?? PELAJAR Kolej Kediaman 1 Borneo bergambar sempena program gotong-royong.
PELAJAR Kolej Kediaman 1 Borneo bergambar sempena program gotong-royong.
 ??  ?? ANTARA mahasiswi yang mengambil bahagian dalam program itu.
ANTARA mahasiswi yang mengambil bahagian dalam program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia