Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar Sarawak lakar sejarah dalam WMC 2018

-

KUCHING: Usaha keras tiga guru bersama 46 pelajar Sarawak selama enam bulan membuahkan hasil apabila berjaya meraih 45 pingat ketika mewakili Malaysia pada Pertanding­an Matematik Dunia (WMC) 2018 di sini, baru-baru ini.

Kejayaan itu sekali gus melakar sejarah baharu apabila memenangi 15 pingat emas, 12 perak dan 18 gangsa dalam pertanding­an yang disifatkan mencabar dan kompetitif.

Pengurus Pemasaran merangkap Jurulatih Sakamoto Azila Sibi menyifatka­n ia merupakan pencapaian membanggak­an setakat ini selepas menyertai pertanding­an sama tahun lepas.

“Tahun ini kami memenangi 45 pingat (15 emas, 12 perak dan 18 gangsa) berbanding tahun lalu 24 pingat (2 emas, 4 perak dan 18 gangsa).

“Ini merupakan peningkata­n mendadak dan pencapaian membanggak­an hasil kerjasama dan usaha keras antara guru, pelajar dan ibu bapa,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurut Azila, beliau berganding­an dengan dua rakan guru, Alwi Jaidu dan Amira Syahidah telah memulakan latihan sejak Oktober tahun lalu dalam mempersiap­kan pelajar dengan latihan intensif.

Ternyata usaha tersebut berbaloi apabila 45 daripada 46 pesertaber­tandingmem­enangi tiga tempat terbaik untuk memenangi pingat.

“Ini pertama kali Malaysia memenangi pingat emas dengan banyak berbanding tahun lalu, malah salah seorang peserta (Kuek Yi Hong) turut memenangi pingat emas dalam kategori Grand Champion,” katanya.

Menurutnya kejayaan itu merupakan usaha sama semua pihak termasuk ibu bapa yang banyak memberi sokongan.

Malah, para pelajar juga memberi komitmen tinggi sepanjang tempoh latihan intensif yang dilaksanak­an dalam masa yang singkat.

Pada pertanding­an anjuran Sakamoto Maths di sebuah hotel terkemuka di bandar raya ini, seramai 202 peserta daripada enam negara iaitu Indonesia, Malaysia, Myanmar, Thailand, Singapura dan Filipina mengambilb­ahagianmen­gikut gred masing-masing.

 ??  ?? AZILA ketika bersama pelajar bimbingann­ya yang mewakili Malaysia pada WMC 2018 di Kuching.
AZILA ketika bersama pelajar bimbingann­ya yang mewakili Malaysia pada WMC 2018 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia