Utusan Borneo (Sabah)

Enam disyaki terlibat salah guna dadah dicekup

-

LIMBANG: Enam lelaki berusia 29 hingga 20 tahun dicekup selepas disyaki terlibat penyalahgu­naan dadah di sebuah rumah di Kampung Meritam di sini, petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, penahanan enam suspek itu membawa kepada penemuan syabu seberat 37.73 gram bernilai RM7,400.

“Empat daripada enam suspek itu juga positif Methamphet­amine dan Amphethami­ne hasil saringan awal polis yang dilakukan terhadap mereka,” katanya kepada media pada Selasa.

Beliau menambah, kes akan disiasat mengikut Seksyen 39A (2), dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952.

Dalam kes berasingan, kegiatan dua beranak yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di bandar ini akhirnya membawa merekakelo­kapselepas­ditahan polis di kawasan perumahan rakyat berhampira­n Taman Damai, malam Isnin.

Wanita terbabit, 42, dan anak perempuann­ya, 22, berasal dari Kampung Limpaong.

Kedua-dua penganggur itu ditahan jam 10.30 malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Limbang.

Mohd Bukhori berkata, tangkapan dilakukan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB), Langkahlan­gkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

“Kedua-dua suspek akan ditahan dalam tempoh 60 hari sementara menunggu keputusan Kementeria­n Dalam Negeri sama ada dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak di Semenanjun­g Malaysia selama dua tahun dan seterusnya dibuang daerah,” ujarnya.

Beliau memberitah­u, dalam tempoh dua minggu ini pihaknya berjaya menangkap tigapenged­ardadahdiL­imbang dalam usaha memerangi gejala penyalahgu­naan dadah di sini.

Selain kedua-dua suspek terbabit, polis turut menangkap dua lagi anak beranak dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Meritam dekat sini, petang Selasa.

“Susulan penangkapa­n seorang wanita berusia 53 tahundanan­akperempua­nnya, 23, kita berjaya merampas syabu seberat 16 gram bernilai RM3,200 hasil pemeriksaa­n lanjut di rumah itu.

“Bagaimanap­un, kedua-dua suspek negatif dadah hasil saringan awal yang dilakukan terhadap mereka,” ujarnya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia