Utusan Borneo (Sabah)

Giat Maju kapal perikanan terbesar di Malaysia

-

MIRI: Kapal Giat Maju bernilai RM20 juta yang dilengkapi teknologi moden untuk keperluan perikanan laut dalam Zon 2, adalah kapal menangkap ikan terbesar di negara ini yang dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang akhir bulan ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, usaha yang dibuat menerusi penggunaan teknologi moden pada kapal tersebut merupakan satu contoh bagi rakyat untuk memanfaatk­an kehidupan marin dan perikanan di Sarawak dengan menggunaka­n teknologi terkini bagi menampung permintaan industri perikanan.

“Ini adalah salah satu contoh terbaik industri perikanan untuk kapal bagi Zon 2 yang dilengkapi teknologi canggih untuk menangkap ikan (laut dalam) di negeri ini,” kata Uggah semasa melancarka­n kapal perikanan laut dalam (Zon 2) bernilai RM20 juta di Kuala Baram, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia Datuk Munir Mohd Nawi, Pengarah Perikanan Negeri Sarawak Belayong Nyuak, Residen Miri Sherrina Husaini, Pengarah Shin Yang Shipyard Sdn Bhd Ling Chiong Pin dan Pengarah Urusan Giat Bumijaya Sdn Bhd Sunny Lee Chuong Kew.

Menurut Uggah, industri perikanan laut dalam akan dibangunka­n dengan lebih aktif sejajar dengan usaha mengembang­kan potensinya dengan kapal-kapal jenis baharu yang beroperasi menggunaka­n teknologi moden.

Beliau berkata, kerajaan negeri amat menyokong industri perikanan khususnya dengan memberi lesen kepada pengusaha tempatan untuk bergiat secara aktif dalam industri perikanan.

Katanya, kerajaan meletakkan syarat-syarat lesen lebih ketat pada masa itu untuk memastikan kapal berlesen berlabuh dan mendarat setiap bulan.

Beliau berharap dengan dasar itu juga, akan lebih banyak kapal dan pelabuhan termasuk Pelabuhan Perikanan Tanjung Bako dapat digunakan secara optimum untuk mengelakka­nnya menjadi projek gajah putih yang tidak berfungsi kerana ketiadaan kapal nelayan mendaratka­n hasil.

Dalam perkembang­an berkaitan Uggah menambah, belia di negeri ini juga harus dilatih menggunaka­n teknologi moden dengan kemahiran berkaitan industri-industri tertentu untuk menerokai bidang yang menjanjika­n peluang pekerjaan berpendapa­tan tinggi.

Terdahulu sebelum itu, Sunny Lee berkata, syarikat berkenaan berusaha keras untuk mencapai kejayaan dan pada masa yang sama mencapai visi kerajaan yang mahu melihat industri perikanan di negeri ini diterokai dan dimanfaatk­an sepenuhnya secara bersistema­tik.

Pada masa yang sama katanya, ini akan mewujudkan lebih banyak peluang bagi industri perikanan untuk aktiviti perikanand­engan menggunaka­n konsep kapal moden yang memiliki lesen khas daripada jabatan berkaitan.

 ??  ?? UGGAH melawat sekitar kapal Giat Maju bernilai RM20 juta yang dirasmikan­nya di Kuala BaramMiri baru-baru ini.
UGGAH melawat sekitar kapal Giat Maju bernilai RM20 juta yang dirasmikan­nya di Kuala BaramMiri baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia