Utusan Borneo (Sabah)

China tunjuk minat pada biomas pulpa

Dalam perbincang­an meterai MoU

-

KOTA KINABALU: Para pelabur dari China digalakkan meneroka penggunaan biomas sawit bagi menghasilk­an pulpa untuk dibekalkan di pasaran negara itu.

“Kami telah dimaklumka­n bahawa kini terdapat kekurangan pulpa di China dengan purata kira-kira 17 juta tan setahun dan pelabur Cina mencari sumber pulpa di luar negara yang boleh diperbahar­ui,” kata Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah.

Minggu lepas, beliau bertemu dengan pegawaipeg­awai Hui Yang China Malaysia Sdn Bhd yang diketuai oleh Pengerusi Liu Huisheng yang memberi taklimat mengenai operasi syarikat itu di Kuantan, Pahang, di mana sebuah kilang menghasilk­an pulpa daripada kayu kapas.

Syarikat itu sedang berusaha untuk menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan POIC Sabah Sdn Bhd untuk mendirikan kilang pulpa 50,000 tan/ tahun dengan menggunaka­n tandan buah kosong dan kayu sisa sebagai bahan mentah. Operasi itu dijangka mengambil 100 pekerja.

“Mereka sedang mencari peluang untuk melabur AS$35 juta (kira-kira RM140 juta) pada kilang yang sesuai dengan rancangan kita untuk menubuhkan pusat pengumpula­n satelit bagi penggabung­an biomas untuk membolehka­n industri hiliran dimulakan.

“Pelaburan ini juga datang pada ketika kami sedang meneliti terminal kontena kita yang akan menjadi tambahan untuk penghantar­an pulpa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif POIC Sabah Sdn Bhd Datuk Dr Pang Teck Wai, yang sedang membangunk­an POIC Lahad Datu.

Beliau berkata sebanyak 6 juta MT biomas minyak sawit boleh dijual secara komersil di Sabah tetapi pelabur tidak banyak berjaya memperoleh bekalan jangka panjang pada harga yang telah ditetapkan.

“Kami menggunaka­n pengetahua­n tempatan dan bekerjasam­a dengan para pemain industri untuk menjadikan­nya realiti. Kepentinga­n Hui Yang mempunyai banyak kaitan dengan pengetahua­n untuk bergerak ke arah itu,” katanya.

Pang berkata, pelabur China juga tertarik kepada fakta bahawa POIC Lahad Datu adalah sebuah taman perindustr­ian yang terancang, ia sudah matang dan mempunyai infrastruk­tur pelabuhan yang komprehens­if, belum termasuk kilang pulpa yang mereka ingin bina dekat dengan sumber bahan mentah.

Hui Yang China Malaysia adalah anak syarikat Hui Yang Beijing Holding Group yang berpusat di Beijing. Ia mempunyai perniagaan dalam penentuan logam, perlombong­an arang batu, perdaganga­n, pembanguna­n hartanah, media, pengurusan dana dan aplikasi sains internet.

Ia dinyatakan dalam brosur syarikat itu bahawa mereka mempunyai keyakinan terhadap industri pulpa kerana permintaan dunia bagi produk kertas dan memastikan bahawa ia adalah industri yang mampu peningkata­n permintaan pulpa, terutama dari sumber yang boleh diperbahar­ui.

Kayu digunakan untuk membekalka­n sehingga 93 peratus pulpa dan ia telah dipersalah­kan kerana memusnahka­n hutan yang luas.

Brosur itu juga menyebutka­n bahawa banyak sumber tandan kosong di Sabah membawa peluang yang mampan dalam

 ??  ?? RAYMOND (tengah) bersama Liu Huisheng (lima ke kanan) dan para pegawai lain selepas kunjungan hormat berkenaan.
RAYMOND (tengah) bersama Liu Huisheng (lima ke kanan) dan para pegawai lain selepas kunjungan hormat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia