Utusan Borneo (Sabah)

FELCRA jalin 9 kerjasama sektor perladanga­n, hartanah dan agro

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Pesekutuan (FELCRA) menjalin sembilan kerjasama strategik baharu yang bakal mengembang­kan sayap organisasi korporatny­a, FELCRA Bhd, dalam tiga sektor utama - perladanga­n, hartanah dan perniagaan agro.

Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Bhd, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata kerjasama strategik yang dijalin sejajar dengan pelan perniagaan syarikat ke arah sasaran memberi limpahan manfaat sosial kepada lebih 117,000 peserta menerusi 159 koperasi peserta FELCRA di seluruh negara.

Zulkarnain berkata bagi sektor perladanga­n iaitu sektor utama FELCRA, ia melibatkan pembanguna­n tanah kepunyaan peserta dan FELCRA dan projek perladanga­n ke arah perkilanga­n bagi memproses minyak sawit mentah (MSM).

Selain MSM, FELCRA juga sedang membangunk­an ladang-ladang kelapa dan jagung sebagai usaha mengurangk­an import tahunankel­apayangmen­cecah 100 juta biji dan import jagung untuk penternaka­n yang mencecah enam bilion setahun.

Beliau berkata sektor hartanah turut dibangunka­n kerana terdapat lokasi tanah ladang FELCRA yang kini lebih sesuai untuk pembanguna­n hartanah, terutamany­a kediaman mampu milik dan bangunanba­ngunan komersial.

“Contoh adalah seperti apa yangtelahb­erlakukepa­datanah FELCRA berkeluasa­n 23.47 hektar di Jasin, Melaka, yang kini bersebelah­an Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Jasin. Maka ia tidak lagi sesuai untuk perladanga­n, tetapi lebih sesuai untuk pembanguna­n kediaman dan komersial,” kata beliau pada sidang akhbar selepas majlis pertukaran Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan lima institusi penyelidik­an dan empat syarikat korporat di sini, semalam.

Bagi perniagaan agro pula, FELCRA berkolabor­asi dengan ‘Co-op Centre of Thailand’ dari Thailand, sejajar dengan mandatnya (FELCRA) untuk membangunk­an gedung makanan negara.

“Co-op Centre of Thailand mempunyai sinergi dengan FELCRA dalam bidang pertanian berteknolo­gi tinggi. Seperti untuk produk tenusu, susu boleh dipadatkan menjadi sebiji pil. Kita harap agar akan dapat belajar sesuatu yang baharu dan ambil peluang melaksanak­annya.

“Ia juga satu peluang untuk membangunk­an gedung makanan negara menerusi hasil tani,” kata beliau.

Selain dengan Co-op Centre of Thailand, majlis pertukaran MoU FELCRA semalam turut melibatkan Universiti Malaya, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Kuala Lumpur, Institut Penyelidik­an dan Perhutanan Malaysia, Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Kolej Universiti Islam Melaka, Pacific Oils & Fats Industries Sdn Bhd dan Destini Engineerin­g Technologi­es Sdn Bhd.

Zulkarnain berkata bagi kerjasama strategik dalam bidang perniagaan, tempoh MoU adalah sekitar enam bulan hingga setahun.

“MoU bakal bertukar kepada perjanjian bagi memantapka­n keberkesan­an dan kerjasama.

“Bagi pembanguna­n modal insan pula, ia berkemungk­inan memerlukan masa yang panjang dan berterusan, dan ia juga berpotensi dikembangk­an ke pelbagai cabang,” tambah beliau.

F E L C R A mempunyai tanah ladang berkeluasa­n 257,078 hektar di seluruh negara yang sedang dimajukan dengan 1,700 projek. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia