Utusan Borneo (Sabah)

Inti Deras lancar skuter Yamaha XMAX 250

-

KOTA KINABALU: Inti Deras Motors Sdn Bhd akan melancarka­n skuter Yamaha XMAX 250 terbaharu.

Model skuter baharu yang dinanti-nantikan ini direka bersesuaia­n dengan suasana bandar di mana ia kelihatan lebih menarik dan bergaya.

XMAX 250 dilengkapi dengan enjin berkapasit­i 250cc, satu silinder dan pusat kuasa disejukkan cecair dengan empat injap. Ia dikuasakan dengan transmisi automatik. Dengan enjin Euro 4, skuter ini memberikan tunggangan yang selesa dan efisien bagi perjalanan setiap hari.

Yamaha XMAX 250 juga didatangka­n dengan pelbagai kelebihan termasukla­h: keselesaan automatik tanpa gear dan cengkaman kepada penunggang; sistem kunci pintar tidak memerlukan penggunaan kunci untuk akses kepada motosikal ini; dan Sistem Brek Anti-Lock (ABS) yang memberikan penunggang kuasa membrek boleh dikawal.

Penampilan sporty skuter ini menunjukka­n bentuk yang berkelas tinggi. Tambahan lagi, skuter 250cc ini mudah ditunggang dengan bingkainya yang ringan serta tempat duduk yang luas dan selesa.

Ia didatangka­n dengan dua pilihan warna iaitu Yamaha Metallic White dan Rusty Bronze. Skuter ini bakal berada di pasaran di mana ia boleh didapati di semua cawangan Inti Deras Motors pada penghujung April ini.

Orang ramai berpeluang melihat sendiri kehebatan model terbaharu ini yang akandipame­rkandicawa­ngan Inti Deras Motors Sdn Bhd Penampang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia