Utusan Borneo (Sabah)

Perbelanja­an IT Malaysia dijangka berkembang

-

KUALA LUMPUR: Perbelanja­an Malaysia bagi produk dan perkhidmat­an teknologi diunjurkan berkembang 5.8 peratus kepada RM64.4 bilion pada 2018, dengan segmen perbelanja­an tertinggi dijangka daripada perkhidmat­an komunikasi dan teknologi maklumat (IT), menurut prospek terkini oleh Gartner, Inc.

Firma penyelidik­an dan khidmat nasihat Amerika Syarikat (AS) itu berkata perbelanja­an dalam perkhidmat­an komunikasi dan IT masing-masing dijangka mencecah RM33.19 bilion dan RM12.14 bilion.

Perbelanja­an bagi peranti diunjurkan mencapai RM11.58 bilion, sistem pusat data (RM2.33 bilion) dan perisian (RM5.17 bilion), menurut firma itu dalam kenyataan.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidik­an Gartner, JohnDavid Lovelock berkata perbelanja­an IT dunia berkemungk­inan pada AS$3.7 trilion pada 2018, peningkata­n 6.2 peratus daripada 2017, sekali gus menjadi unjuran kadar pertumbuha­n tahunan tertinggi sejak 2007 yang memberi petanda bagi kitaran baharu pertumbuha­n IT.

“Walaupun perbelanja­an IT global dijangka berkembang 6.2 peratus tahun ini namun penyusutan dolar AS telah memberi kelebihan kepada tukaran mata wang asing, sekali gus nenjadi penyumbang utama pertumbuha­n kukuh ini.

“Perbelanja­an IT di seluruh duniapulas­emakinberk­embang pada paras yang dijangkaka­n dan seiring dengan unjuran pertumbuha­n ekonomi dunia,” katanya, dengan menambah bahawa perbelanja­an perisian perusahaan berkemungk­inan mencatat pertumbuha­n tertinggi tahun ini pada 11.1 peratus. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia