Utusan Borneo (Sabah)

Cardi B kongsi berita kehamilan

-

SEHARI selepas dia mengeluark­an salah satu album rap sulung yang begitu dinanti-nantikan sejak beberapa tahun lalu, penyanyi rap Cardi B telah membuat satu lagi kejutan – dengan mendedahka­n dia mengandung.

Bintang berusia 25 tahun yang sedang naik dengan cepat itu menunjukka­n perut besarnya yang ketara ketika dia muncul dalam program komedi mingguan ‘Saturday Night Live’, yang menjadi perkara trending utama dalam media sosial.

Dalam usikan pengesahan mengenai khabar angin yang tidak putus-putus mengenai kehamilann­ya, Cardi B muncul di pentas dua kali dalam ‘Saturday Night Live’, mula-mula menutup badannya dengan boa bulu berlebihan ketika dia mendendang­kan lagu singlenya yang berjaya ‘Bodak Yellow’.

Apabila dia kembali untuk menyanyi rap lagu ‘Be Careful’, lagu dari album sulungnya ‘Invasion of Privacy’ yang keluar Jumaat lepas, Cardi B memakai gaun putih yang ketat dan senyum dengan penuh erti apabila lampu menyinari perutnya yang menonjol.

Cardi B bertunang dengan Offset dari kumpulan trio rap Migos, yang sejurus selepas penampilan tunangnya di televisyen mengesahka­n kehamilan itu dalam Instagram, dengan menulis “Kami rasa begitu diberkati.”

Cardi B, anak jati Bronx dengan nama sebenarnya Belcalis Almanzar, dengan cepat menemui kemasyhura­n dengan puisi berirama yang tanpa rasa sentimenta­l menceritak­an kisah kehidupan yang sukar termasuk bekerja sebagai penari bogel.

‘Bodak Yellow’, yang dikeluarka­n tidak sampai setahun lalu, menjadikan­nya antara nama paling diikuti dalam rap – genre yang didominasi lelaki dan selalunya oleh sifat macho.

Dia memenangi hadiah utama termasuk lagu single terbaik di Anugerah Hip Hop BET pada tahun lepas, yang membawa kepada jangkaan tinggi bagi album sulungnya – dan dia tidak membiarkan kehamilann­ya memperlaha­nkannya.

Penyanyi rap itu dijadual membuat persembaha­n pada hujung minggu depan di Coachella, festival muzik perdana di Amerika Syarikat – selepas penyanyi tarikan utama Beyonce menangguhk­an penampilan­nya selama setahun sementara dia melahirkan anak kembar pada 2017.

Laman gosip TMZ sebelum ini melaporkan Cardi B dijadual melahirkan kandungan pada awal Julai. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia