Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan terhadap pihak gugat ketenteram­an awam pada PRU14

-

BAGAN SERAI: Polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati cuba menggugat keselamata­n dan ketenteram­an awam pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata langkah itu perlu kerana unsur yang boleh menggugat amalam demokrasi termasuk emosi, agresif dan taksub yang boleh menjejaska­n ketenteram­an awam.

“Kita akan bertindak mengikut peruntukan yang ada dalam Akta Pilihanray­a 1958 dan akta polis bagi memastikan amalan demokrasi dipatuhi semasa mengundi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini pada Rabu.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengumumka­n 9 Mei iaitu hari Rabu sebagai hari mengundi dan 28 April sebagai hari penamaan calon manakala 5 Mei pula tarikh pengundian awal.

Tempoh berkempen pula ditetapkan selama 11 hari bermula pada hari penamaan calon

Mengenai kadar jenayah di daerah Kerian, Omar Bakhtiar berkata 43 kes jenayah direkodkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding 40 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Katanya, sebanyak 50 peratus daripada kes itu telah berjaya diselesaik­an di mana penjenayah telah dituduh di mahkamah.

Sementara itu, beliau berkata Ketua Polis Negara Mohamed Fuzi Harun akan menghadiri perjumpaan dengan orang ramai di Dewan Kerian Permai di Parit Buntar, Jumaat ini serta melawat Pasar Awam Parit Buntar sempena lawatan pertamanya ke daerah itu.

Omar Bakhtiar berkata sebanyak 14 gerai pameran disediakan yang membabitka­n pelbagai agensi termasuk Polis, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA), Bomba, Kesihatan dan beberapa agensi lain.

“Selain itu, ada pertunjuka­n payung terjun oleh Komando 69, persembaha­n pancaragam PDRM, persembaha­n seni perang oleh Batalion 3 Senoi Prag dan unit berkuda PDRM serta senamrobik yang mampu menarik perhatian orang ramai untuk menonton,” katanya.

Katanya, penduduk di daerah Kerian dijemput hadir bagi meriahkan program itu yang bermula pukul 7.30 pagi. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia