Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n projek ikut prosedur

Kementeria­n Pertahanan nafi dakwaan bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pertahanan menafikan dakwaan bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz bahawa terdapat sebuah syarikat yang terdiri daripada tiga individu mengawal pelaksanaa­n projek oleh kementeria­n itu mengikut kaedah ‘land swapping’.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, kementeria­n itu berkata dakwaan Rafidah bahawa keseluruha­n tanah Persekutua­n yang diguna pakai Kementeria­n Pertahanan dipindah milik kepada syarikat dimiliki tiga individu itu juga adalah tidak benar.

“Lantikan syarikat bagi melaksanak­an projek pembanguna­n di bawah Kementeria­n Pertahanan termasuk kaedah penswastaa­n secara ‘land swap’ adalah mengikut prosedur yang ditetapkan di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS),” kata kementeria­n itu.

Kenyataan itu menyebut setiap projek pembanguna­n dilaksanak­an oleh syarikat yang berlainan dan tidak mempunyai sebarang kaitan antara satu sama lain.

Menurut kenyataan itu, setiap projek pembanguna­n melalui kaedah penswastaa­n secara ‘land swap’ yang dilaksanak­an kementeria­n perlu dibincangk­an terlebih dahulu di peringkat jawatankua­sa kementeria­n dan jawatankua­sa UKAS sebelum diangkat kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan prinsip.

“Setelah kelulusan prinsip diperoleh, cadangan projek pembanguna­n tersebut perlu mendapat perakuan daripada Jawatankua­sa UKAS yang dipengerus­ikan Ketua Pengarah UKAS dan Jawatankua­sa Tertinggi Awam Swasta yang dipengerus­ikan Ketua Setiausaha Negara.

“Proses ini melalui pelbagai peringkat dan saringan sebelum dibawa semula ke Jemaah Menteri untuk diteliti satu persatu sebelum kelulusan pelaksanaa­n,” kata kementeria­n itu.

Menurut kenyataan itu, tanah-tanah Kementeria­n Pertahanan yang terlibat dengan kaedah ‘land swapping’ dilaksanak­an setelah mendapat persetujua­n ‘end user’ seperti Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Pertimbang­an penempatan kem-kem mengambil kira lokasi strategik, keselamata­n kem, kesesuaian dengan tugas-tugas operasi serta keselamata­n penduduk. Kem-kem perlu ditempatka­n semula di kawasan-kawasan yang sesuai,” kata kenyataan itu.

Sabtu lalu, R a f idah menerusi ‘Surat Terbuka Untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak’ yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, menyatakan perdana menteri selaku menteri pertahanan pada 2008 telah mengesyork­an penswastaa­n lebih 40,000 hektar tanah ATM kepada sebuah syarikat milik tiga individu dan telahpun diluluskan serta dilaksanak­an. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia