Utusan Borneo (Sabah)

25 rumah terjejas akibat angin kencang

-

KEPALA BATAS: Sebanyak 25 rumah di sekitar Parlimen Kepala Batas rosak akibat hujan lebat dan angin kencang di negeri ini, petang Selasa.

Kawasan Anggota Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bertam dan Penaga adalah yang paling teruk terjejas dalam kejadian selama dua jam bermula 5 petang itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata kebanyakan rumah mangsa rosak pada bahagian bumbung akibat ditimpa pokok dan atap diterbangk­an angin kencang.

“Kita buat tinjauan bagi bantuan awal kecemasan, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyusul pada hari ini (Rabu) juga. Saya dah minta pihak ICU (Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n, Jabatan Perdana Menteri) berdasarka­n kepada peruntukan yang terbaki ketika saya masih Anggota Parlimen di sini untuk digunakan bagi menampung pembaikan semula.

“Kita ganti semua bumbung. Semua ini akan diuruskan oleh kontraktor yang telah lama melakukan projek kecil di parlimen ini. Benda( pembaikan) ini dapat diselesaik­an dalam satu atau dua hari,” katanya ketika ditemui selepas melawat rumah mangsa ribut, di Kampung Permatang Manggis di sini pada Rabu.

Sementara itu, seorang mangsa Ahmad Najib Fathil, 50, berkata semasa kejadian beliau berada di kedai runcitnya di Jalan Haji Ahmad Badawi, di sini sebelum dimaklumka­n isteri yang bumbung rumah mereka diterbangk­an angin kencang.

“Ini kali pertama tiga perempat bumbung rumah diterbangk­an angin. Sebelum ini pun pernah terjadi tetapi hanya sekeping, dua bumbung yang diterbangk­an. Kali ini hanya satu perempat sahaja yang masih okey, yang lain sudah rosak diterbangk­an angin kencang,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia