Utusan Borneo (Sabah)

Sokong kerajaan sedia ada

Atasi kekurangan bersama-sama

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Walau banyak kekurangan yang berlaku di Sabah dan Sarawak, rakyat di keduadua negeri ini disaran untuk bersama-sama kerajaan sedia ada untuk atasi kekurangan berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Luar Bandar dan Wilayah Datuk Borhan Dolah berkata kerajaan sentiasa komited untuk membantu mengatasi kekurangan yang berlaku di kedua-dua negeri ini.

Katanya ia terbukti melalui janji yang dinyatakan dalam Manifesto BN yang akan membina jalan berturap sebanyak 12,500km untuk kawasan Sabah dan Sarawak. Malah, banyak program dan projek pembanguna­n yang sudah dilaksana di kawasan luar bandar.

Mengambil analogi ibu bapa dan anak, beliau berkata bukan semua permintaan anak itu dapat ditunaikan ibu bapa. Begitu juga dengan permintaan terhadap kepimpinan negara.

“Bila kita buat permintaan, kita tidak tahu mana yang lebih penting ... bagaimana cari duit dan berapa banyak duit yang ada. Mana yang perlu didahuluka­n. Tidak semua yang kita minta itu akan dapat.

“Tapi ingat tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka rosak dan menderita kesusahan. Akan tetapi kita cuba beri yang terbaik walau berdepan kekangan peruntukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Sijil Tadbir Urus Desa Infra-UniKL bagi Daerah Kota Marudu dan Matunggong, di sini pada Rabu.

Borhan berkata walaupun permintaan yang dibuat tidak dapat dipenuhi, tidak bermakna ibu bapa (kepimpinan negara) itu harus ditukar.

Pemimpin akar umbi di peringkat Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) serta Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) perlu fikir tentang keamanan yang harus dikekalkan.

Jangan disebabkan inginkan perubahan, negara ini menjadi seperti Iraq dan Libya yang mana, perubahan yang berlaku tidak seperti yang diharapkan.

“Kerajaan sentiasa komited untuk membantu mengatasi kekurangan yang berlaku di kedua-dua negeri ini. ia terbukti melalui janji yang dinyatakan dalam Manifesto BN yang akan membina jalan berturap sebanyak 12,500km untuk kawasan Sabah dan Sarawak. Malah, banyak program dan projek pembanguna­n yang ” sudah dilaksana di kawasan luar bandar. DATUK BORHAN DOLAH Ketua Setiausaha Kementeria­n Luar Bandar dan Wilayah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia