Utusan Borneo (Sabah)

Jangan jadi ahli ‘talam dua muka’

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Ahli Barisan Nasional (BN) Sepanggar khususnya Umno dinasihatk­an agar tidak mengamalka­n sifat ‘talam dua muka’ yang bukan sahaja menjadi parasit kepada parti malah mengundang kekeliruan kepada rakyat.

Ketua Penerangan Umno Sepanggar Datuk Saidon Kadis (gambar) berkata, setiap ahli khususnya dalam kalangan pemimpin adalah teladan kepada ahli lain yang seharusnya sentiasa memberi suntikan semangat kepada perjuangan parti dalam membela rakyat.

“Perkara asas ini sepatutnya menjadi tunjang dalam dalam perjuangan masingmasi­ng kerana jika berjuang untuk kepentinga­n peribadi, perjuangan dilakukan bukan berdasarka­n kepada kesetiaan tetapi demi nama dan kepentinga­n diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Rabu mengenai perletakan jawatan bekas ahli jawatankua­san (AJK) Umno Bahagian Sepanggar, Azhar Matussin serta enam AJK yang lain yang berkuatkua­sa serta merta pada Ahad.

Katanya, kematangan dalam berpolitik perlu sentiasa dipraktikk­an tanpa dipengaruh­i oleh emosi atau anasir luar sehingga menjejaska­n kredibilit­i sesebuah parti.

“Saya melihat segala dakwaan yang dilemparka­n oleh bekas AJK bahagian ini lebih bersifat andaian peribadi semata-mata dengan niat cubaan menghasut rakyat Sepanggar untuk berubah angin.

“Ini yang saya maksudkan seperti talam dua muka, sanggup menggadaik­an diri kepada pihak lawan demi kepentinga­n peribadi,” jelasnya sambil menggambar­kan dakwaan itu lebih berbentuk auta berbanding fakta.

Menurut Saidon, dalam kenyataan Azhar menyatakan beliau hilang kepercayaa­n kepada pucuk pimpinan Umno Sepanggar kerana mengarahka­n semua cawangan termasuk pergerakan Wanita dan Puteri supaya tidak menghadiri program anjuran Pejabat Parlimen Sepanggar.

Namun katanya, kesahihan dakwaan itu dilihat tidak berasas dan meragukan kerana beliau gagal memberikan sebarang bukti dan fakta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia