Utusan Borneo (Sabah)

Daya kreativiti orang kampung berkempen

-

MUAR: Mengibarka­n bendera parti yang bertanding serta kain rentang adalah perkara lumrah setiap kali ada pilihan raya, namun bagi sesetengah anggota parti mereka menggunaka­n kreativiti masing-masing menarik perhatian orang ramai ketika berkempen.

Di Kampung Sungai Balang Laut di sini, ada kalangan penduduk yang menghasilk­an replika kapal layar dan kereta kebal daripada bendera Barisan Nasional (BN) untuk berkempen.

Seorang nelayan, Nor Azmi Penang, 41 berkata beliau dan rakan-rakanya dari pangkalan nelayan Sungai Balang Laut mengambil inisiatif sendiri membina sebuah replika kapal layar menggunaka­n bendera BN.

“Saya di bantu oleh sepuluh orang rakan parti BN mula membina replika sebesar kira-kira 19 x 20 meter secara sukarela sejak pertengaha­n bulan Mac lalu dan dijangka siap dalam masa seminggu lagi,” katanya kepada Bernama.

Katanya beliau memilih bentuk kapal layar kerana objek tersebut dekat dengan dirinya dan rakan-rakanya yang terdiri daripada nelayan.

Nor Azmi berkata beliau dan rakan-rakan mengeluark­an wang sendiri lebih kurang RM300 untuk menyiapkan replika tersebut sebagai satu hadiah kepada parti BN untuk kampen sempena PRU ke-14 ini.

“Kami tidak mampu berjuang dan berkorban seperti mana yang dilakukan oleh pemimpin parti BN yang sentiasa berkerja keras untuk rakyat, hanya ini yang mampu kami lakukan untuk parti,” katanya.

Nor Azmi berkata ini merupakan kali keempat beliau membina replika sebagai bahan kampen untuk BN sejak PRU ke-11 pada tahun 2004.

“Dulu saya pernah bina replika dengan saiz hampir sama berbentuk pintu gerabang pada PRU ke11 (2014), diikuti replika Menara pada PRU ke-12 (2008) , replika Bunga Manggar pada PRU ke-13 (2013) dan sekarang saya pilih replika kapal layar,” katanya.

Sementara itu, Omar Sidek, 63 berkata beliau membina replika kereta kebal dengan saiz asal mengunakan bendera BN dan buluh kerana inginkan kelainan dan menarik tumpuan orang ramai yang melintasi hadapan rumahnya yang terletak di lorong Hassan Ya’acob, Sungai Balang Laut, Muar.

Omar berkata lazimnya orang hanya pasang atau gantung bendera apabila PRU, tetapi bagi mencipta kelainan beliau dan anaknya Fauzi Omar mengambil keputusan untuk membina replika kereta kebal.

“Saya dapat idea bina replika kereta kebal sebagai simbolik kepada semangat untuk ‘menembak’ jatuh pembangkan­g pada PRU ke-14 ini,” katanya.

Katanya secara kebetulan salah seorang anaknya yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditugaskan ke Lahad Datu Sabah dan ini memberikan­nya ilham untuk membina replika tersebut.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Uban berkata beliau dan anaknya mengambil masa kira-kira seminggu untuk menyiapkan replika sebesar meja makan itu dengan kos sebanyak RM20 sahaja.

Katanya beliau membina replika tersebut secara sukarela dengan menguna duit poket sendiri sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan yang telah banyak membantu rakyat negara ini.

“Kesemua tujuh anak saya berjaya dalam hidup apabila mereka masing-masing mendapat perkerjaan tetap hasil daripada pendidikan secara percuma disediakan oleh kerajaan BN dan saya terhutang budi dengannya,” katanya.- Bernama

 ??  ?? OMAR (kanan) bersama anaknya Fauzi (kiri) membetulka­n bendera parti Barisan Nasional pada replika kereta kebal yang dibina di lorong Hassan Ya’acob, Sungai Balang Laut, di sini. Beliau dan anaknya mengambil masa kira-kira seminggu untuk menyiapkan...
OMAR (kanan) bersama anaknya Fauzi (kiri) membetulka­n bendera parti Barisan Nasional pada replika kereta kebal yang dibina di lorong Hassan Ya’acob, Sungai Balang Laut, di sini. Beliau dan anaknya mengambil masa kira-kira seminggu untuk menyiapkan...
 ??  ?? NOR Azmi (kanan) bersama rakan Mohamad Som Ya’cob, 25, memasang bendera pada badan replika kapal layar yang dihasilkan daripada bendera Barisan Nasional (BN) di Pangkalan Nelayan Sungai Balang Laut di sini.
NOR Azmi (kanan) bersama rakan Mohamad Som Ya’cob, 25, memasang bendera pada badan replika kapal layar yang dihasilkan daripada bendera Barisan Nasional (BN) di Pangkalan Nelayan Sungai Balang Laut di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia