Utusan Borneo (Sabah)

SK Lingkabau muncul juara

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Bawah 12 Tahun MSS Zon Sugut

- Oleh SALMAN ABADI pemain yang terpilih mewakili pasukan Zon Sugut ke MSSD Beluran.

BELURAN: Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Lingkabau muncul juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah (9S) Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Sugut Beluran 2018 yang berlangsun­g di Padang SK Sungai-sungai Sugut, Paitan.

SK Lingkabau bimbingan jurulatih Mohd Fairuz Bend muncul juara kejohanan itu selepas berjaya mengutip 10 mata dari empat perlawanan yang dipertandi­ngkan secara liga satu kumpulan.

Naib johan dimenangi pasukan tuan rumah SK Sungai-sungai (9) dan tempat ketiga disandang oleh pasukan SK Matanggal (6) yang pertama kali menyertai kejohanan itu sejak sekolah itu mula beroperasi pada September 2015.

Tempat ke-4 dan ke5 masing-masing dihuni pasukan pasukan SK Binsulung dan SK Tampat, Beluran.

Dalam perlawanan itu, SK Lingkabau menewaskan SK Sungai-sungai 3-0, SK Matanggal 1-0 dan seri 2-2 dengan SK Binsulung.

Anugerah penjaring terbanyak dan juga penyerang terbaik disandang oleh Gokoh Jaflin dari pasukan SK Sungai-Sungai, manakala anugerah pemain tengah terbaik ialah Izzul Hanif Saliwang dari SK Lingkabau.

Pemain pertahanan terbaik dianugerah­kan kepada Azrin Bangsayan juga dari SK Lingkabau yang dipimpin Guru Besar Abd Hamid Abd Rahman.

Penjaga gol terbaik dinobatkan kepada Jelbet Jaimon dari SK Matanggal, manakala rakan sepasukann­ya Airol Ditto Loning (murid Tahun 3) dipilih menerima anugerah bakat muda harapan.

Airol dipilih berdasarka­n bakat dan potensinya dengan menunjukka­n corak permainan yang menarik dan turut berjaya menjaringk­an satu gol ketika SK Matanggal menentang SK Sungai-Sungai.

Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Matanggal Azlee Makibin berkata hanya lima pasukan menyertai kejohanan itu pada tahun ini.

Katanya, kejohanan itu merupakan sebahagian daripada aktiviti dalam takwim sukan dan permainan MSS untuk memberi peluang kepada muridmurid dari semua sekolah sekitar Zon Sugut untuk mempamerka­n bakat dan kebolehan dalam permainan bola sepak, selaras dengan pelaksanaa­n aktiviti sukan dan kokurikulu­m.

“Kejohanan ini juga merupakan medan pemilihan pemain terbaik untuk mewakili Zon Sugut ke Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSS Daerah Beluran 2018,” katanya.

Menurutnya, seramai 15 pemain telahpun dipilih untuk mewakili Zon Sugut ke peringkat daerah yang berlangsun­g di padang SK Pekan Beluran.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh Guru Besar SK Sungai-Sungai Hajah Kamsiah Sabin yang juga pengerusi jawatankua­sa pengelola kejohanan itu.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua ahli jawatankua­sa (AJK) bertugas dan juga semua sekolah yang terlibat menyertai dan menjayakan kejohanan itu.

Beliau mengucapka­n syabas kepada pasukan yang menang atau meraih kejayaan, manakala yang kurang bernasib baik perlu berusaha dan mencuba lagi kerana kejohanan itu akan terus diadakan setiap tahun dengan sekolah pengelola yang lain dalam zon Sugut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Guru Besar SK Lingkabau Abd Hamid Abd Rahman dan Penolong Kanan SK Sungai-Sungai Cikgu Mansur.

“Kejohanan ini juga merupakan medan pemilihan pemain terbaik untuk mewakili Zon Sugut ke Kejohanan Bola Sepak Bawah ” 12 Tahun MSS Daerah Beluran 2018 AZLEE MAKIBIN

Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Matanggal

 ??  ?? BARISAN
BARISAN
 ??  ?? PASUKAN SK Lingkabau meraikan kemenangan itu bersama Mohd Fairuz dan Abd Hamid (kanan, belakang).
PASUKAN SK Lingkabau meraikan kemenangan itu bersama Mohd Fairuz dan Abd Hamid (kanan, belakang).
 ??  ?? PASUKAN SK Lingkabau (kiri) dan SK Sungai-Sungai bersama Azlee (tengah) sebelum perlawanan.
PASUKAN SK Lingkabau (kiri) dan SK Sungai-Sungai bersama Azlee (tengah) sebelum perlawanan.
 ??  ?? PARA pemain daripada lima pasukan sekolah zon Sugut yang menyertai kejohanan itu
PARA pemain daripada lima pasukan sekolah zon Sugut yang menyertai kejohanan itu
 ??  ?? IZZUL Hanif dipilih pemain tengah terbaik.
IZZUL Hanif dipilih pemain tengah terbaik.
 ??  ?? JELBET Jaimon dipilih penjaga gol terbaik.
JELBET Jaimon dipilih penjaga gol terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia