Utusan Borneo (Sabah)

Mun Yee-Nur Dhabitah tidak duga raih gangsa acara 3m papan anjal seirama

-

GOLD COAST: Penerjun negara Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri tidak menyangka dapat meraih pingat dalam acara 3m papan anjal seirama di Sukan Komanwel 2018 pada Rabu.

Menurut Nur Dhabitah, beliau dan seniornya sedar akan saingan yang akan dihadapi mereka, malah peserta dari England, Kanada dan Australia adalah mereka yang sentiasa menamatkan saingan di podium dalam pertanding­an Siri Dunia.

Gandingan negara bermula dengan baik apabila mengutip 46.80 mata pada terjunan pertama dan kedua dengan 48.00 mata sebelum melonjak ke tempat kedua selepas mengutip 69.30 mata.

Selepas mengutip mata 58.50 pada terjunan keempat dan selesa di kedudukan pingat perak, namun pada terjunan terakhir, berlaku kesilapan dalam terjunan Nur Dhabitah yang menyebabka­n mereka sekadar mengutip 42.30 mata untuk menduduki tempat ketiga dengan 264.90 mata keseluruha­n.

“Saya tidak sangka akan dapat pingat. Dari permulaan acara lagi, secara jujur, kami tidak sasar pun untuk pingat sebab ia adalah satu cabaran yang sukar. Kami pergi pertanding­an pun...Siri Dunia, di atas podium sentiasa mereka sebab itu kami tidak menaruh harapan langsung.

“Alhamdulil­lah, selepas terjunan yang macam itu tadi (kesilapan), pun dapat pingat, saya sangat bersyukur. Memang acara ni saya rasa memang susah hendak dapat pingat,” katanya.

Dalam pada itu, Mun Yee berkata beliau puas hati dengan prestasiny­a dan gandingann­ya bersama Nur Dhabitah yang hanya disatukan beberapa bulan lepas.

“Sebenarnya, kalau ikutkan prestasi, Dhabitah lebih baik ketika latihan berbanding saya. Tapi, saya gembira dengan prestasi saya. Diakui keadaan cuaca agak berangin dan sebab itu ada peserta yang terjejas prestasi mereka,” katanya.

Pingat emas dimenangi penerjun tuan rumah, Esther Qin-Georgia Sheehan yang mengumpul 284.10 mata, diikuti penerjun England Alicia B l a g g- K a t h e r i n e T o r ran c e yang mengumpul 276.90 mata.

Mun Yee-Nur Dhabitah akan beraksi malam ini dalam acara 10m platform seirama.Bernama

 ??  ?? PENERJUN negara Leong Mun Yee and Nur Dhabitah Sabri beraksi dalam acara final 3m papan anjal seirama wanita di Optus Aquatic Centre pada Sukan Komanwel 2018 pada Rabu.
PENERJUN negara Leong Mun Yee and Nur Dhabitah Sabri beraksi dalam acara final 3m papan anjal seirama wanita di Optus Aquatic Centre pada Sukan Komanwel 2018 pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia