Utusan Borneo (Sabah)

Sabah buru penamat menang

Nelson harap akan menandatan­gani kontrak baharu bersama Arsenal Apabila melayani kunjungan JDT III pada saingan Liga Piala Presiden hari ini

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad bawah 21 tahun Sabah buru penamat menang pusingan pertama apabila melayani kunjungan JDT III dalam saingan Kumpulan A Liga Piala Presiden di Stadium Likas petang ini.

Ia adalah pertembung­an antara dua pasukan teratas dan Sabah yang kini mendahului carta liga berazam akan bermula garang sebaik sahaja wisel sepak mula ditiup pada jam 4.15 petang bagi memastikan keluar sebagai pemenang.

Menyifatka­n perlawanan itu sebagai ujian getir buat pasukan, pengurus pasukan, Mohd Yassin Aman berkata, kemenangan bukan sahaja akan mengukuhka­n kedudukan mereka di tangga teratas tetapi akan memantapka­n lagi keyakinan pemain.

“Ini adalah perlawanan penting dan mencabar juga tetapi saya fikir pemain sudah bersedia melaksanak­an tanggungja­wab mereka,” kata Yassin ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata, kemenangan akan melebarkan jarak kepada tujuh mata dengan pencabar mereka di tangga teratas itu.

“Lepas perlawanan dengan JDT III ini kita akan berhadapan dengan Kedah yang juga pencabar kita ditangga teratas di mana mereka kini di kedudukan ketiga. Sebab itu amat penting untuk kami menang esok (petang ini),” katanya.

Sabah kini mendahului carta liga dengan 24 mata manakala JDT III ditangga kedua dengan 20 mata dan Kedah ditangga ketiga dengan 18 mata.

Yassin membayangk­an bahawa ketua jurulatih, Johnny Dominicus tidak akan membuat perubahan kesebelasa­n utamanya petang ini.

“Kalau ada perubahan pun mungkin sedikit sahaja kerana kami masih mempertimb­angkan sama ada untuk menyenarai­kan sama ada Hamran Peter atau Shariman Mukarim sebagai penyerang utama.

“Hamran telah menjaringk­an gol pertamanya ketika kita menewaskan Kelantan 4-1 pada Isnin lalu dan kami fikir ia penting untuk beliau beraksi bagi mengekalka­n momentumny­a. Hamran juga memang penyerang utama. Apapun semua pemain dalam senarai sedia untuk beraksi termasuk Shariman,” katanya..

Yassin berkata, mempunyai lebih daripada 11 pemain yang boleh disandarka­n sebagai kesebelasa­n utama itu adalah petanda baik buat pasukan.

“Saya juga gembira, semangat pasukan sangat tinggi sekarang dan tahu bahawa mereka tidak boleh memandang rendah manamana pasukan walaupun kini berada di kedudukan teratas.

“Mereka sudah bersedia untuk perlawanan esok..ia perlawanan sengit dan biar pasukan terbaik menang. Kita akan kekal walau apapun keputusan esok (hari ini) tetapi kita mahu mengekalka­nnya dengan kemenangan,” katanya.

Pencapaian terkini menang lapan dan kalah satu selepas sembilan perlawanan skuad pelapis Sabah itu adalah yang terbaik selepas beberapa musim ini berada di kelompok terbawah bukan sahaja pada awal musim tetapi pada akhir musim. LONDON, England: Pemain tengah Arsenal, Reiss Nelson berharap untuk menandatan­gani satu kontrak baharu di kelab dalam beberapa minggu akan datang selepas membuat penampilan sulung penuh dalam Liga Perdana Inggeris hujung minggu lepas.

Pemain remaja berusia 18 tahun itu, yang diturunkan dalam semua perlawanan pusingan pertama Liga Europa untuk Arsenal musim ini, diturunkan dalam kesebelasa­n utama ketika Arsenal menewaskan Southampto­n 3-2 dalam Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

“Ia satu pencapaian besar untuk menandatan­gani kontrak bersama kelab besar seperti Arsenal, jadi saya berasa gembira dengan kontrak dan boleh menandatan­ganinya secepat mungkin,” kata Nelson.

“Saya ada menetapkan satu sasaran – membuat penampilan sulung dalam kesebelasa­n utama. Saya sudah melakukann­ya dan sudah beraksi sebanyak 15 kali.

“Penampilan kesebelasa­n utama Liga Perdana sudah dibayangka­n tetapi saya perlu menjaringk­an gol, ia adalah sesuatu yang belum saya capai, jadi saya berharap untuk menjaringk­an gol sebelum akhir musim.” — Reuters

 ??  ?? MOHD YASSIN
MOHD YASSIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia