Utusan Borneo (Sabah)

Liga Premier: Sabah tumbangkan UiTM 3-1

-

KOTA KINABALU: Sabah mengekalka­n rekod tanpa kalah kepada enam perlawanan dengan kemenangan 3-1 ke atas UiTM FC pada saingan Liga Premier di Stadium Likas malam Selasa.

Diiringi sorakan hampir 4,000 penyokong, Sabah membuka tirai jaringan menerusi pemain sayap Maxsius Musa yang menyudahka­n lorongan Lee Gil Hoon seawal minit ke-15.

UiTM bagaimanap­un berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan pemain gantian Bakary Dao terhadap sepakan percuma Muhammad Nursalam Zainal Abidin pada minit ke-36.

Apapun, pemain tengah Sabri Sahar kembali menceriaka­n penyokong apabila sepakannya percumanya dari jarak kirakira 25 meter terus mencecah jaring pada minit ke-43 untuk Sabah mendahului 2-1 pada separuh masa pertama.

Sabah menggandak­an asakan selepas rehat sehingga memaksa pasukan pelawat bertahan.

Tugas UiTM disukarkan apabila pemain tengahnya, Muhammad Nursalam diperintah keluar padang oleh pengadil perlawanan selepas menerima kad kuning kedua untuk layangan kad merah pada minit ke-64.

Sabah memanfaatk­an kekurangan kawan yang meneruskan permainan dengan 10 pemain dengan melancarka­n serangan bertali arus tetapi hanya mampu menambah satu gol menerusi Heo Jaenyong yang menyudahka­n umpanan Maxsius pada minit ke-31.

Kemenangan itu mengembali­kan Sabah ke kedudukan kedua dengan 12 mata dari enam perlawanan dengan rekod tiga menang dan tiga seri.

Sabah akan meneruskan cabaran menentang pendahulu Felda United juga di Stadium Likas pada Sabtu ini.

-Oleh VITALIS G BINGKASAN

 ??  ?? PENJARING gol kedua Sabah, Sabri Sahar (kiri) mencabar ketua pasukan UiTM, Syed Ariff Mohammad Uzir.
PENJARING gol kedua Sabah, Sabri Sahar (kiri) mencabar ketua pasukan UiTM, Syed Ariff Mohammad Uzir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia