Utusan Borneo (Sabah)

Di Francesco percaya Roma akan melangkah ke final

-

ROM, Itali: AS Roma mengintai impian melangkah ke final Liga Juara-Juara di Kiev selepas melengkapk­an satu kebangkita­n luar biasa ketika menentang Barcelona dan mengubah kekalahan 1-4 dari perlawanan pertama untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan.

Kota Rom meledak kegembiraa­n, terutama sekali di Stadio Olimpico apabila Roma – di tangga keempat Serie A Itali dan dicemuh penyokong sendiri selepas tewas 0-2 kepada Fiorentina dalam liga hujung minggu lepas – memusnahka­n impian Barcelona untuk memenangi kejuaraan apabila menang 3-0 dan mara ke separuh akhir dengan keputusan seri 4-4 tetapi layak ke separuh akhir dengan peraturan gol di tempat lawan.

Gol Roma dijaringka­n Edin Dzeko, Daniele De Rossi dan Kostas Manolas untuk mengecewak­an Lionel Messi dan rakanrakan­nya.

“Mungkin ia malam paling hebat dalam sejarah Roma,” adalah gambaran akhbar harian II Fatto Quotidiano dalam laman sosial Twitter.

Sorakan dan pesta kegembiraa­n berlarutan di jalan-jalan raya di seluruh kota Rom ketika penyokong memuji keputusan yang hebat itu.

Kali terakhir Roma melangkah sejauh ini dalam pertanding­an elit kelab Eropah ialah pada 1984 di mana mereka tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Liverpool.

Dalam tempoh tiga dekad selepas itu, mereka hanya menang sekali kejuaraan Serie A dan empat Piala Itali tetapi selepas menyingkir­kan apa yang Manolas anggap ‘pasukan terbaik di muka bumi’, jurulatih Roma, Eusebio Di Francesco mahu pasukannya memburu tempat ke Kiev, final Liga Juara-Juara.

“Kenapa tidak terus percaya? Jika anda melangkah sejauh ini dan ke separuh akhir, kenapa tidak terus percaya untuk melangkah ke final di Kiev,” kata beliau apabila ditanya wartawan.

Roma sudah mengembali­kan sedikit kebangaan kembali bukan sahaja di kota Rom tetapi juga bola sepak Itali selepas pasukan kebangsaan­nya gagal layak ke Piala Dunia 2018.

Menewaskan salah sebuah pasukan gergasi dari Sepanyol, yang membelasah Itali 3-0 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018, pastinya sangat manis terutama sekali selepas sebuah lagi kelab dari Itali, Juventus, dibelasah 0-3 oleh Real Madrid, juga dari Sepanyol, pada perlawanan suku akhir pertama.

“Itali memerlukan sebuah pasukan Eropah dan itulah apa yang kami perolehi malam ini. Hari ini adalah hari yang hebat tetapi ia tidak mencukupi. Pasukan ini perlu memburu tempat ke Kiev (final). Itu sahaja.”

Walaupun aksi hambar dalam Serie A, yang menyaksika­n Roma bersaing dengan Inter Milan dan Lazio untuk memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara – Roma berpotensi bertemu dengan Liverpool di separuh akhir.

Mereka juga belum bolos satu gol di tempat sendiri sepanjang kejohanan ini dan Selasa lepas, mereka mampu mengekang Barcelona yang hanya mampu mempunyai tiga peluang walaupun memiliki jentera serangan berbisa.

Barca boleh ketinggala­n 0-3 sebelum De Rossi menambah jaringan 2-0 dari satu tendangan penalti pada minit ke-58.

Sebelum itu, penjaga gol Barca, MarcAndre ter Stegen menepis satu tandukan Dzeko pada minit ke-37 dan pemain baharu Patrik Schick mensia-siakan dua peluang untuk Roma.

Pada kedudukan 2-0 dan agregat 4-3, Roma terus mengintai peluang sebelum gol Manolas pada minit ke-83 memulakan pesta kegembiraa­n penyokong. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? MANOLAS (tengah) menjaringk­an gol ketiga Roma pada perlawanan menentang Barca di Stadio Olimpico, Rom pada Selasa lepas.
— Gambar Reuters MANOLAS (tengah) menjaringk­an gol ketiga Roma pada perlawanan menentang Barca di Stadio Olimpico, Rom pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia