Utusan Borneo (Sabah)

11 negara rebut gelaran ATF

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Sebelas negara merebut empat gelaran juara Persekutua­n Tenis Asia (ATF) di Kejohanan Tenis Siri Jelajah Remaja ATF Asia Ke-8, Sabah 2018 di sini bermula Rabu.

Kejohanan seminggu untuk peringkat umur 14 tahun ke bawah itu, berlangsun­g di Pusat Tenis, Sutera Harbour Resort (SHR) dan Sabah Golf and Country Club (SGCC) dimulakan dengan perlawanan pusingan kelayakan pada Isnin dan Selasa.

Seramai 16 pemain lelaki dari enam negara iaitu India, Hong Kong, Singapura, Belanda, Britain dan Malaysia telah bersaing merebut lapan tempat ke carta utama.

Lapan pemain yang layak dari pusingan kelayakan itu menyertai 28 pemain lain dalam senarai perseorang­an lelaki, manakala aksi kategori perempuan melibatkan 22 pemain untuk keseluruha­n 58 pemain bersaing dalam carta utama yang akan berakhir Ahad.

Dalam persaingan perseorang­an lelaki, pemain dari Filipina; Rupert Tartai serta tiga pemain dari Hong Kong iaitu Lau Hong Kiu, Oscar Leung dan Ting Wan Chu diletakkan sebagai empat pilihan terbaik, sambil pemain negara Raidon Tan Xue Long dan Ryan Lai Eng Lim masing-masing disenarai sebagai pilihan kelima dan keenam.

Empat pilihan terbaik dalam acara perseorang­an perempuan pula ialah Pimmada Lim dari Negara Thai, Cheung Kei Yau dan Lyda Leong dari Hong Kong serta Tan Xin Hung dari Malaysia.

Tiga lagi negara yang turut mengambil bahagian ialah Jepun, Cambodia dan Afrika Selatan.

Kerosakan teruk gelanggang-gelanggang di Pusat Tenis, Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) di Likas memaksa kejohanan berpestij itu buat julung-julung kalinya tidak berlangsun­g di pusat itu selepas penganjura­n lapan tahun berturut-turut di sini.

 ??  ?? PARA Pegawai, jurulatih dan antara pemain yang menyertai Kejohanan Tenis Siri Jelajah Remaja ATF 14 Tahun Ke Bawah Asia Ke-8, Sabah 2018 semasa di Pusat Tenis SHR pada Rabu.
PARA Pegawai, jurulatih dan antara pemain yang menyertai Kejohanan Tenis Siri Jelajah Remaja ATF 14 Tahun Ke Bawah Asia Ke-8, Sabah 2018 semasa di Pusat Tenis SHR pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia