Utusan Borneo (Sabah)

Sabah tangani rentak yang terjejas

Benam UiTM FC 3-1 pada saingan Liga Premier di Stadium Likas

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pengurus pasukan Sabah, Datuk Juil Nuatim berkata rentak pasukan terjejas akibat rehat panjang tetapi mereka dapat menanganin­ya untuk menghasilk­an kemenangan 3-1 ke atas UiTM FC pada saingan Liga Premier di Stadium Likas pada Selasa.

“Kemenangan ini tentunya melegakan kerana rehat panjang lebih tiga minggu dan kita hanya ada satu perlawanan pemanas badan berkualiti dalam tempoh itu memang menjejaska­n rentak pasukan.

“Kita dapat melihat ini (rentak yang terjejas) pada separuh masa pertama. Bagaimanap­un kita dapat menanganin­ya terutama selepas ketua jurulatih (Jelius Ating) memberi teguran dan motivasi semasa rehat dan hasilnya kita tamatkan perlawanan itu sebagai pemenang,” kata Juil ketika ditemui selepas perlawanan.

Beliau berkata, Sabah juga berhak menang perlawanan itu dengan kesungguha­n yang ditunjukka­n pemain.

Pada perlawanan itu, Sabah mendahului 1-0 pada minit ke-15 hasil jaringan Maxsius Musa tetapi pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan menerusi Bakary Dao pada minit ke-36.

Bagaimanap­un sepakan percuma Sabri Sahar yang terus mencecah jaring pada minit ke-43 kembali meletakkan Sabah 2-1 di hadapan pada separuh masa pertama sebelum Heo Jaenyong mengesahka­n kemenangan selesa dengan jaringan ketiga pada minit ke-71 di babak kedua.

“Kita berhadapan dengan lawan yang bukan calang calang .. ini adalah perlawanan antara dua pasukan yang belum pernah kalah dan kedua-duanya turun dengan bekalan kutipan mata seimbang (sembilan mata).

“Sebagai pengurus pasukan, saya memang senang hati dengan kemenangan ini yang membolehka­n kita mengambil semula kedudukan di tangga kedua yang telah beberapa jam diambil alih oleh Sarawak,” katanya.

Juil juga berterima kasih dengan sokongan kirakira 4,000 penonton dan berharap lebih ramai yang akan memberi sokongan pada perlawanan akan datang.

“Malam ini kehadiran penyokong agak kurang mungkin kerana hari ini hari berkerja.. Kalau lebih ramai, semangat pasukan pasti lebih kuat seperti ketika menentang JDT (dalam saingan Piala FA) tempoh hari di mana lebih 20,000 penonton datang.

“Mungkin kehadiran ramai penonton itu disebabkan faktor kekuatan lawan seperti JDT tetapi pasukan kita sebenarnya mengharap dan memerlukan sokongan kuat dalam setiap perlawanan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap penyokong dari seleuruh pelusuk negeri ini terus bersama pasukan dan mengiringi mereka dengan membanjiri Stadium Likas pada perlawanan-perlawanan akan datang.

“Sabtu ini kita ada perlawanan besar dan penting bertemu pendahulu carta liga, Felda United (di Stadium Likas). Ia adalah pertembung­an antara dua pasukan teratas, jadi datanglah beramai-ramai untuk menjadi pemain ke-12 kepada pasukan kita,” kata Juil.

Menurutnya, pasukan Sabah kini berada di landasan yang baik dan sewajarnya diberikan sokongan padu.

Sabah telah mengutip 12 mata di kedudukan kedua selepas enam perlawanan tanpa kalah dengan rekod tiga menang dan tiga seri tetapi masih dijarakkan enam mata dengan Felda (18 mata) di tangga teratas.

Di belakang Sabah dalam kelompok lima pasukan teratas adalah Sarawak (11 mata) dan Felcra FC (10 mata) manakala UiTM di tangga keenam dengan sembilan mata.

 ?? -Gambar ehsan JAIMAN TAIP ?? MAXSIUS, penjaring gol pertama Sabah menentang UiTM.
-Gambar ehsan JAIMAN TAIP MAXSIUS, penjaring gol pertama Sabah menentang UiTM.
 ??  ??
 ??  ?? JUIL
JUIL
 ??  ?? SABRI, penjaring gol kedua Sabah menentang UiTM.
SABRI, penjaring gol kedua Sabah menentang UiTM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia