Utusan Borneo (Sabah)

Gol Salah, Firmino pastikan Liverpool melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengkritik pengadil dari Sepanyol, Antonio Mateu Lahoz dan juga beberapa keputusan yang menjejaska­n peluang pasukannya selepas tewas 1-2 kepada Liverpool pada perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara dan tersingkir dari kejohanan dengan agregat 1-5 Selasa lepas.

Guardiola terpaksa menjadi penonton perlawanan dalam separuh masa kedua selepas dibuang padang kerana membuat bantahan keterlalua­n pada masa rehat ketika impian City untuk memburu kejuaraan Eropah yang pertama berkecai.

City mendahului 1-0 ketika itu hasil gol Gabriel Jesus seawal minit kedua perlawanan tetapi mereka mula berasa tertekan apabila gol Leroy Sane tidak dibenarkan kerana dikatakan ofsaid sebelum rehat.

“Ia ada beza untuk berehat pada kedudukan 2-0,” kata Guardiola, yang juga percaya gol pembukaan Liverpool ketika menang 3-0 pada perlawanan pertama di Anfield minggu lepas, seharusnya tidak dibenarkan kerana ofsaid.

“Apabila pasukan bermain dengan seimbang, keputusan seperti ini memberi kesan besar.”

Mohamed salah mengesahka­n tempat Liverpool ke separuh akhir buat kali pertama dalam satu dekad apabila menjaringk­an gol kedua 11 minit selepas rehat untuk mengikat kedudukan sebelum Roberto Firmino memastikan kekalahan ketiga berturut-turut City, kali pertama sepanjang hampir dua tahun Guardiola membimbing City.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memuji kematangan pasukannya untuk menamatkan saingan dalam separuh masa pertama.

“Pemain menemui satu penyelesai­an. Kami mempunyai dua atau tiga ketika pada akhir separuh masa pertama, jadi ia adalah mudah untuk saya dan pemain melihat perkembang­an permainan dan juga kami sudah bersedia meningkatk­annya,” kata Klopp.

Liverpool ketinggala­n 17 mata di belakang City, yang mendahului kedudukan liga tetapi mereka sudah menewaskan City sebanyak tiga kali dari empat pertemuan musim ini.

“Saya benar-benar fikir mereka adalah pasukan terbaik di dunia ketika ini tetapi saya tahu kami boleh menewaskan mereka,” tambah Klopp.

“Kami seharusnya menikmati saat akhir. Sudah agak lama Liverpool tidak melangkah ke separuh akhir dan sekarang kami mengharung­inya.”

Guardiola mengakui sebelum ini di mana pasukannya perlu bermain ‘dengan sempurna’ dan mereka meningkatk­an keyakinan apabila membuka jaringan seawal minit kedua.

Liverpool juga tidak gembira dengan Mateu Lahoz pada apa yang merupakan malam kontrovers­i untuk pengadil dari Sepanyol itu apabila pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk mendakwa beliau ditolak pemain sayap City, Raheem Sterling sebelum menjaringk­an gol pembukaan.

Pengadil bagaimanap­un tidak mengendahk­annya dan umpanan Sterling disempurna­kan Jesus.

Salah diragui dapat diturunkan kerana kecederaan pada perlawanan pertama tetapi Liverpool gagal mencari ruang untuk beliau pada 45 minit pertama ketika City mengawal permainan.

Bernardo Silva kemudian melihat cubaannya tersasar sebelum satu lagi cubaan terkena palang ketika City meningkatk­an asakan.

“Separuh masa pertama adalah bagus,” tambah Guardiola. “Kami ada satu cubaan terkena palang tetapi apabila anda mempunyai peluang, anda harus menyempurn­akannya.”

Detik penting berlaku beberapa saat kemudian apabila Sane menjaringk­an gol penyamaan selepas tumbukan penjaga gol Loris Karius terkena rakan sepasukann­ya, James Milner tetapi pengadil tidak membenarka­n gol itu kerana dikatakan ofsaid.

Guardiola berlari pemainnya dari membantah keputusan pengadil sebelum beliau sendiri membuat bantahan kepada Lahoz, menyebabka­n beliau dilayangka­n kad kuning.

City boleh difahami hilang rentak selepas rehat dan Salah mengikat kedudukan rembatan bola muntah selepas rembatan Sadio Mane gagal ditepis kemas penjaga gol City, Ederson pada minit ke-56.

Minggu malang City lengkap selepas gagal mengesahka­n kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila tewas kepada Manchester United hujung minggu lepas apabila Firmino melengkapk­an jaringan ketika berbaki 13 minit permainan. — AFP

 ??  ?? masuk ke dalam padang selepas wisel rehat ditiup pengadil untuk mengawal DETIK BERSEJARAH: Firmino (tengah) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika membantu Liverpool menewaskan City pada aksi suku akhir kedua Liga Juara Juara di Stadium...
masuk ke dalam padang selepas wisel rehat ditiup pengadil untuk mengawal DETIK BERSEJARAH: Firmino (tengah) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika membantu Liverpool menewaskan City pada aksi suku akhir kedua Liga Juara Juara di Stadium...
 ?? — Gambar AFP ?? GUARDIOLA (kiri) bertikam lidah dengan Mateu (tidak kelihatan) pada masa rehat pada aksi di Stadium Etihad, Manchester Selasa lepas.
— Gambar AFP GUARDIOLA (kiri) bertikam lidah dengan Mateu (tidak kelihatan) pada masa rehat pada aksi di Stadium Etihad, Manchester Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia