Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur tak mengaku rompak kedai serbaneka

-

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merompak kedai serbaneka KK Mart sehingga menyebabka­n kecederaan kepada juruwang kedai itu, Mac lepas.

Muhammad Zuhaili Yahya, 30, didakwa telah melakukan rompakan dan dengan sengaja menyebabka­n kecederaan kepada Ataul Karim Ashik, 23, warga Bangladesh, di KK Mart, Jalan Duta Mas, Jalan Seroja 3, Taman Segambut, Sentul, di sini pada 1.10 pagi, 30 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mu ham mad F arit h Mu ham mad Faizal tidak menawarkan wang jaminan atas alasan kesalahan di bawah seksyen itu adalah serius manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membuat rayuan namun abangnya yang hadir sebagai penjamin memohon jaminan dikurangka­n kerana dia (abang) penanggung utama keluarga.

Hakim Dr Gan Chee Keong membenarka­n tertuduh diikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan empat syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampira­n kediaman setiap dua minggu sekali, hadir tepat jam 9 pagi setiap kali sebutan kesnya di mahkamah, dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta perlu berkelakua­n baik sehingga kesnya selesai.

Mahkamah menetapkan 26 April untuk sebutan semula kes.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia