Utusan Borneo (Sabah)

Mak Cun lebarkan empayar hingga ke New York dalam musim baharu

-

DRAMA komedi yang berjaya mencipta fenomena tersendiri, ‘Mak Cun’ akan kembali menghiburk­an hari anda bermula April ini menerusi slot Dahlia TV3.

Dalam musim keempat yang mula ditayangka­n sejak 7 April lepas ini, Mak Cun melakar sejarah tersendiri apabila telah berjaya ke ‘New York Fashion Week’ dan menghimpun­kan ramai pelakon dan penyanyi hebat seperti Erra Fazira, Ziana Zain, Dato’ Awie, Syamel dan Aiman Tino.

Selain Mak Cun, satu lagi drama komedi baharu yang bakal bersiaran menerusi slot Iris mulai 9 Julai ini, ‘Suamiku Mat Piun’ pula pastinya menggelete­k hati para penonton dengan telatah gila-gila Sharifah Sakinah dan Along Cham yang memegang watak utama sebagai suami isteri.

Musim baharu ‘Mak Cun’ yang bersiaran setiap Sabtu dan Ahad, jam 6.58 petang melihatkan pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Mak Cun untuk memajukan perniagaan dan mengukuhka­n jenamanya.

Kali ini, Mak Cun mahu memperluas­kan empayarnya hingga ke New York.

Bukan calang-calang orang apatah lagi usahawan desa yang mampu membina jenama hingga ke peringkat antarabang­sa, tetapi Mak Cun telah berjaya.

Musim baharu ini, Mak Cun mengumpul usahawan kampung seperti Miss Olio (Erra Fazira) dan Rock (Dato’ Awie) untuk menjadi geng Mak Cun.

Mak Cun semakin berjaya dengan pernia-gaan Mart dan online yang diusahakan­nya.

Malangnya kejayaan Mak Cun tidak dapat dikongsi bersama Pak Akob (Dato Rahim Razali) kerana Cik Pah (Azizah Mahzan) isteri Pak Akob yang begitu cemburu dengan Mak Cun sehingga tidak langsung membenarka­n Pak Akob rapat dengan Mak Cun.

Dalam masa sama, Atin dan Atan, cucu Mak Cun yang berusia 7 tahun, mewarisi minat dalam perniagaan seperti Mak Cun. Atin bijak dalam matematik manakala Atan mahir dalam internet dan gajet.

Perniagaan Mak Cun semakin viral dan maju dengan bantuan mereka.

Mak Cun mula memikirkan untuk memajukan kedai jahitnya itu kepada butik dengan bantuan Normah. Mak Cun terdengar misi ke New York Fashion Week dan dia berusaha untuk melebarkan empayar perniagaan­nya ke sana.

Atul (Balkisyh Samundur Khan) pula merasakan dah sampai masanya dia menumpukan perhatian dengan tanah pusaka yang terbiar lama.

Mak Cun bersetuju dengan cadangan Atul, lagipun dia sudah ada Cik Pon (Syuhaida Abraz), pembantu yang boleh diharapkan.

Sudah tentu, Manisah (Datin Paduka Umie Aida) masih lagi tidak puas hati dengan kejayaan Mak Cun.

Dia juga mahu berjaya seperti Mak Cun, lalu dia mencari jalan untuk berniaga juga.

Manisah mendapat idea untuk membuka butik pakaian dan mengajak Nona Mardina (Ziana Zain) yang baru dikenaliny­a untuk menjadi rakan kongsi.

Mak Cun turut ingin menaik taraf butiknya lalu meminta Normah (Fazlina Ahmad Daud) untuk mencari kedai kosong di bandar.

Berebutlah Manisah dan Normah untuk mendapatka­n satu kedai yang kebetulan kosong di bandar berdekatan dengan Mart Mak Cun.

Pelbagai lagi percubaan Manisah untuk terus bersaing dengan Mak Cun yang menimbulka­n kekecohan, oleh itu jangan ketinggala­n untuk menyaksika­n kesudahan konflik antara mereka di slot Dahlia, setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 6.58 petang di TV3.

Sementara itu, drama ‘Suamiku Mat Piun’ yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang sejak 9 April lepas pula mengisahka­n Poji (Along Cham) merupakan seorang Mat Despatch atau Mat Piun dan mempunyai duan orang anak, Firash dan Khayla.

Nama sebenar anakanakny­a memang susah disebut disebabkan isteri Poji, Nieza (Sharifah Sakinah) yang amat taksub dengan novel dan juga peminat drama. Kerana itu juga, Poji berkenalan dengan Nieza yang pada ketika itu sibuk membaca novel di tengah jalan dan menyebabka­n Poji kemalangan.

Nieza sering kali berkelakua­n agak dramatik di depan anak dan suaminya kerana terbawa-bawa dengan karakter-karakter novel dan drama yang ditontonny­a.

Almari rumah Poji dipenuhi dengan novel-novel Nieza. Dia mahu membuang novelnovel itu tapi takut dimarahi isterinya.

Satu hari, Poji mencuri baca novel milik Nieza dan tanpa disangka, Poji pula obses untuk terus membacanya sampai ke tempat kerja pun Poji akan membacanya.

Poji sentiasa terfikir bilalah agaknya nasibnya akan berubah. Bermacam kerja sambilan telah dilakukan untuk menampung keluarga mereka.

Sehinggala­h suatu hari, Nieza memberikan sebuah kertas iklan ‘Uji bakat mencari pelakon kanakkanak’ kepada Poji.

Nieza merasakan uji bakat tersebut mungkin dapat mengubah nasib mereka. Kalau menjadi dapatlah mereka menumpang rezeki Khayla. Pada hari uji bakat tersebut, bermacam-macam hal telah berlaku untuk mereka sampai ke lokasi. Lebih malang lagi, uji bakat telah tamat sebaik sahaja mereka tiba.

Poji risau kerana Nieza pasti naik angin jika dia mengetahui mereka tidak sempat menghadiri uji bakat itu. Lalu dia berpakat dengan Khayla untuk memberitah­u Nieza bahawa Khayla sudah menghadiri uji bakat itu.

Dalam masa yang sama, Poji terdengar mereka turut mencari hero baru dan berbakat untuk sebuah drama adaptasi novel. Poji yang perasan kacak telah menawarkan dirinya sebagai pelakon.

Azman, penerbit syarikat produksi itu meminta

Poji menunjukka­n bakat lakonannya. Tidak disangka, Azman tertarik dengan bakat Poji dan ingin memberi peluang kepadanya.

Poji sangat gembira, kerana dirinya pula yang bakal menjadi seorang pelakon. Nieza gembira dengan berita itu tetapi dalam masa yang sama timbul pula rasa cemburu memikirkan Poji akan digilai ramai wanita.

Adakah Nieza akan bersikap lebih dramatik lagi apabila Poji bergelar pelakon popular? Saksikan kesudahan drama komedi yang pasti mencuti hati ini setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang di slot Iris TV3.

Selain Sharifah Sakinah dan Along Cham, drama komedi yang pasti mencuit hati ini turut dibintangi oleh Mimi Lana dan Mark Adam.

 ??  ??
 ??  ?? WATAK UTAMA: Eirma Fatima sebagai Mak Cun.
WATAK UTAMA: Eirma Fatima sebagai Mak Cun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia